Nuffnang

TAHNIAH: NOOR RASHID DILANTIK TIMBALAN KPN YANG BARU



KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, pelantikan Noor Rashid berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya.


"Selaras dengan peruntukan fasal (4) dan (5), Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenankan lantikan Noor Rashid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara," katanya.


Noor Rashid, 56, yang berasal dari Yan, Kedah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).


Beliau mula berkhidmat sejak Januari 1984 dan antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sungai Petani, Kedah; Pegawai Turus Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah; Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; dan Timbalan Pengarah III, JSJN, Bukit Aman.


Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah II, (Logistik/Teknologi Maklumat), Jabatan Logistik Bukit Aman; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah.


Lantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang bersara wajib pada 7 Sept lepas. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top