Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RAYUAN RAKYAT DIABAIKAN, ADUN SIBUK BERJUDI DI GENTING!!!



Kalau dah taik judi tu, taik judi juga... Nasib la.... itu yang korang pilih, itulah yang korang dapat!!!

Gambar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berjudi di Genting Highlands kini tersebar luas melalui laman media sosial.

Gambar itu disertakan dengan penerangan "ADUNDAP Perak pergi ke Genting Highlands, sementara bahagian (DAP) asyik merungut kemiskinan".


ADUN Keranji, Chen Fook Chye (gambar) ketika dihubungi Sinchew Daily mengaku lelaki dalam gambar itu merupakan dirinya tetapi mempertahankan tindakannya yang berjudi di Genting Highlands.

ADUN dari Kampar, Perak itu berkata, dia tidak berjudi besar tetapi sekadar memilih untuk bersantai dengan cara bermain judi.

Menurutnya lagi, disebabkan penat dengan tugasan harian maka dia memilih untuk menaiki bas ke Genting Highlands dengan tambang RM8 seorang.

Jelasnya, gambar itu dirakamkan pada 30 November di mana dia turut menukarkan tunai RM300 untuk perjudian selain mendapat sekeping kupon makanan secara percuma.

Katanya lagi, tujuannya ke Genting Highlands bukan dengan niat atau emosi berjudi tetapi untuk bersantai dan kasino yang dikunjunginya adalah sah di sisi undang-undang.

Fook Chy tidak mengulas tentang tindakan individu tertentu yang merakamkan gambarnya yang sedang berjudi. ~malaysia gazzette

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top