Nuffnang

PANASSS!!! Video Pemain Singapura Meroyan Selepas Tewas Kepada Malaysia!!





Topik kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menentang Singapura dua hari lalu masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Yelah, dari penyebaran gambar salah seorang pemain, Safee Sali merokok sehinggalah kehilangan penjaga gawang Singapura ketika permainan masih berlangsung, ramai yang menarik nafas lega apabila pasukan Malaysia layak bertanding ke peringkat separuh akhir.

Cerita yang terbaru, satu laman berita Singapura, Singapore Seen mendedahkan satu video ‘amuk’ salah seorang pemain simpanan skuad Singapura.

Mana tidaknya, dalam video tersebut, pemain itu dilihat terpaksa ditenangkan pegawai kesihatan dan rakan pasukannya. Dia juga dilihat menendang barang berdekatan akibat amarah yang melampau! Ganas betul.

Rata-rata pengguna laman Facebook di Singapura tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut yang dilihat melampau dan tidak menggambarkan dirinya memiliki semangan kesukanan yang baik.

Malah, ada yang menulis, tindakan mengamuk tersebut lebih memalukan dari kekalahan skuad mereka menentang Malaysia!


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top