Nuffnang

PEDAS GILER!!!! Tun Mahathir : Orang Malaysia Bodoh!!!



Pedas dan sinis. Itulah yang penulis boleh katakan dengan reaksi daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed ekoran pelantikan Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS oleh Khazanah Nasional Berhad berkuat kuasa 1 Januari depan. 
"Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata Tun.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu. 

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi. 

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS.

Komen Tun ini telah menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia baik dari golongan profesional mahupun tidak. Ada yang mempertahankan tindakan Khazanah, dan tidak kurang juga yang senada dengan Tun iaitu mengutuk tindakan tersebut seolah-olah rakyat Malaysia tidak mempunyai kepakaran langsung dalam perniagaan antarabangsa.

Bagi penulis secara peribadi, ia bukan isu pentadbiran, pengurusan dan pemasaran semata-mata tetapi lebih kepada integriti dan komitmen kepimpinan dalam MAS itu sendiri. Lihat saja kepada pembelian dan pemberian tender kepada syarikat-syarikat kroni yang membuatkan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan lebih tinggi. 

Selagi masalah campurtangan dan tiada intergriti dalam MAS, selagi itulah MAS tidak dapat lari dari masalah yang membelenggu mereka selama ini. Memang tidak masuk akal apabila sebuah perusahaan monopoli seperti MAS dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan mengalami kegagalan sepertimana yang berlaku dan dialami oleh PERWAJA.

Lantiklah sesiapa pun, pakar dari negara mana sekalipun, selagi budaya dan amalan kronisme dan "direct nego" tidak diperang habis-habisan, tidak hairanlah sekiranya di masa hadapan tiada lagi Malaysia Airlines System (MAS) di negara ini.

Fikir-fikirkan...
Share this article

5 Komen:

  1. Betul kata Tun, sebab orang2 Malaysia tak sepandai Mamak Tun untuk songlap Negara seperti yg di buatnya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pihak kami sedang mengumpul maklumat untuk menulis buku bagaimana Tun mengsonglap negara ini. Harap tuan dapat memberi maklumat yang lengkap bagaimana dia berbuat demikian.

      Padam
    2. Soglap lagu mano tu.Dengan kebijaksaan mantan Pm dengan dasar penswastaan negara dapat menjana pelbagai sektor ekonomi dan melahirkan ramai tenaga professional di kalangan orang melayu dan bukan melayu. Menjana dana pelaburan di bskl mencecah Rm 800 billion@Rm2.50/USD 1.Banyak projek mega yang berjaya di bangunkan utk manafaat aktiviti ekonomi dan kemudahan utk rakyat.Kejayaan beliau di terima pakai sehingga sekarang dan ada kesenambungannya atas jasa pemimpin yang lalu.

      Padam
  2. Tun Mahadtir cakap betul.Orang mas pun,paham masaalah syarikat tempat mereka bekerja.Cukuplah pemain bolaaepak sahaja di ambil sebagai pemain import.

    BalasPadam
  3. Definasikan makna "songlap" itu dulu. Daripada sihat boleh menjadi cergas,agaknya la.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top