Nuffnang

Boikot Produk Israel : Awas - Jangan Kita Terpedaya!!!



Saja nak share! Tuan puan sedar tak, franchise McD di malaysia ni milik penuh org Melayu?..cina langsung x boleh masuk...sbb tu cina sebar citer guna alasan Gaza utk kasi lingkup bisnes Melayu...pizza hut n kfc juga milik Melayu di Malaysia ni. Setiap tahun kami sumbang ratusan juta ringgit utk misi bantuan kemanusiaan ke seluruh dunia utk org Islam. Semua pekerja adalah anak2 Melayu.

2)..Cuba fikir...kenapa tiada cadangan suruh boikot starbucks, kenny rogers ker..burger king ker...tu pun product Israel dan US....sebabnya tokey pemilik franchise di Malaysia dimiliki oleh org cina. 


3)..Jangan jadi lagi mcm isu coklat cadbury milik Syed Mokhtar Bukhary di mana Melayu diperalat utk sabotaj bisnes Melayu. Sampai bila Melayu nak jadi alat kpd org cina, india dan kapir.

4)..Fikir2kan... Jadilah bangsa yg berfikiran luas dan terbuka serta matang. Bukan bangsa yg emosional, seperti pak turut yang mudah diperkotak katik. Its something to ponder. Double check dgn ROC untuk kepastian supaya tidak tersilap sasaran. Nanti cina dan india gelak puas kat Melayu di Tanah Melayu ....Wallahua'lam.

Takdo pulak org nak boikot starbuck dan Astro. Mengapa?...





Semalam, Pengerusi Aqsa Syarif Bhd, Prof Madya Hafidzi Mohd Nor telah dikunjungi oleh pihak pengurusan Mac Donald Malaysia, di pejabat Aqsa Syarif berbicang mengenai boikot terhadap McD yang dibuat oleh Aqsa Syarif. Mungkin McDonald sudah mula terkesan dengan boikot oleh berbagai pihak terhadap McD. Tetapi kita puji kunjungan pihak McD ke pejabat Aqsa Syarif yang menjadi salah sebuah agensi terulung di Malaysia yang membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi Israel.

Pengurusan McD bertanya Aqsa Syarif soalan antaranya “Mengapa tidak memboikot juga syarikat lain dari Amerika?”. ‘Mengapa boikot McD sedang ramai pekerja Malayu/Islam bekerja untuk menyara kehidupan di McD?” Soalan seperti ini saya fikir soalan ikhlas daripada wakil Mc Donald dan kita tidak boleh prasangka tetapi membantu mereka memahami isu sebenar dari perspektif perjuangan keadilan, kebenaran dan kemanusiaan sejagat untuk kehidupan yang lebih baik bagi kita semua.

Maaf, walaupun panjang ikutilah beberapa perkongsian daripada Pengerusi Aqsa Syarif, yang telah disunting dari email beliau. Maklumat penuh boleh didapati dari pihak Aqsa Syarif:

Dalam pertemuan tersebut, pihak McD mengakui bahawa McD Malaysia adalah syarikat miliki Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yg merupakan subsidiari kpd McD Corp. (US). McD Malaysia membayar 5% dari jualan kepada McD Corp US yang merupakan organisasi pembuat polisi utama. McD Corp US juga akan memberi bantuan pakej kewangan untuk “outlet” baru.

Jelas semua rangkaian McD Malaysia menjanakan pendapatan untuk McD Corp US melalui yuran francais tersebut dan juga mendapat manfaat daripada McD Corp US dari segi dana awal membuka outlet. 

Oleh itu, hujah bahawa McD Malaysia tidak menyumbang kepada McD US dan hanya membayar cukai kepada kerajaan Malaysia sahaja adalah tidak tepat. 

McD juga mendakwa mereka tidak mempunyai hubungan dengan Israel. Aqsa Syarif menolak dakwaan ini kerana McD menerima anugerah daripada Kerajaan Israel kerana membantu ekonomi Israeil. 

Selain itu, seorang ahli lembaga Pengarah McD Corp menerima anugerah dari Muzuem of Holocaust kerana membantu masyarakat terus ingat peranan Yahudi dalam sejarah. 

Mengenai Jack M Greenberg bekas Pengerusi dan CEO McD (1999 – 2002) yang menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF) – sebuah tabung yang terkehadapan dalam membantu Israel, wakil McD Malaysia tersebut mengakui CEO 10 tahun dulu itu memang menyumbang tetapi bukan CEO sekarang.

Namun kata mereka Greenberg menyumbang kepada JUF atas kapasiti peribadi. Tetapi apabila pihak Aqsa Syarif bertanya adakah sumbangan peribadi menggunakan dana McD, pihak McD tidak dapat memberi jawapan.

Pengurusan McD juga bertanya mengapa baikot sedangkan di Mc D Malaysia terdapat 80% pekerja Melayu/Islam cari rezqi. (Nampaknya, McD tidak atau belum memahami isu sebenar) 

Aqsa Syarif menegaskan, kita boikot McD kerana McD membantu Israel yang melancarkan peperangan terhadap kemanusiaan sejagat. Bukan boikot pekerja McD, bukan menentang rezqi dan kehidupan sesiapa. Boikot akan terus relevan tidak kira siapa pun yang bekerja dan tidak kira orang Melayu Islam menjadi pekerja majoriti atau tidak. Tidak pula bermakna jika orang Islam dan Melayu tidak bekerja di McD boikot dihentikan. 




Israel tidak hanya mensasarkan umat Islam tetapi seluruh kemanusiaan yang mahu diporak perandakan. Mereka membunuh kanak-kanak dan meletupkan sekolah. Inilah penentangan kita.

Oleh itu McD Malaysia turut bersalah dan bertanggung jawab seperti mana McD Corp US terhadap sokongan kepada Israel yang membunuh kemanusiaan. 

Pengurusan McD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika. Bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi hanya kerana ia milik orang Yahudi. 

Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel – sebuah regim yang zalim - tanpa mengira siapa walaupun syarikat itu milik umat Islam. 

Jika syarikat itu menolong Israel maka syarikat itu akan jadi sasaran boikot sama seperti McD. Boikot bukanlah kerana semata-mata syarikat itu datang dari Amerika Syarikat atau Barat (Diharapkan pihak pengurusan McD Malaysia dapat memahami perkara ini).


Share this article

3 Komen:

  1. kalau boikot terhadap Mcd berjaya sehingga ada yg ingkup gulung tikar, apa akan jadi kepada pekerja2 islam yang jumlahnya dipercayai sehingga 80%-85%....?
    adakah para ngo2 atau juga kerajaan akan menyediakan pekerjaan kepada mereka ini..?
    fikirkan... ada pekerja yang bermula dari bawa sebagai pelayan.. namun kini atas gigih payah dia telah menjawat jawatan sebagai pengurus...
    betapa susahn payahya dia berusaha sehingga dapat menjawat jawatan tersebut.
    tuan/puan bayangkan apa akan terjadi kepada pekerja tersebut.. lebih2 lagi jika dia telah bekeluarga... pulak tu isteri dia juga turut bekerja dengan McD..
    saya sangat tak bersetuju dengan pandangan datok nadzim aktivis PPIM dalam rancangan bual bicara bernama TV yang mengatakan para pekerja tersebut kena atau harus berkorban... malang / kesian sungguh nasib para pekerja islam tersebut..
    haruskah kita korbankan mereka2 ni...
    saya merayu agar ada cara atau alternatif lain boleh dilakukan demi survival para pekerja islam ini...
    boikot memang boleh tapi kena dengan caranya...
    ALLAHUAKBAR...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya klu ngo2 & k'jaan m'sia sndiri brhati dgn boikot ini, staf2 boleh d srap bkrja dlm banyak sektor. indon, bangla dll...leh dpt krja @ m'sia,hidup snang linang. ngapa staf2 mcd x leh d bri pluang...........................

      Padam
  2. tq @ tanpa nama ogos 8.pnddahan anda amat mmbri manfaat.1 pncrahan kpd smua yg kabur dgn isu boikot ini.boikot bkn sbb tokenya (cina,india,yahud, even muslim skali pun) tapi sbb sumbangan mreka kpd zionis yg jlas zalim,x brprikmanusiaan.bunuh ank kcil,ibu hamil,org tua,bangunan,hosp dll...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top