Nuffnang

TUN M : Internet Medan Hina Melayu Islam Di Malaysia!!!



Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyarankan kerajaan mempertimbangkan cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan sekatan terhadap Internet bagi mengelak ia terus disalah guna untuk menghina Melayu-Islam.

Pengarang beritanya Zulkifli Jalil berkata Malaysia perlu mengadakan sekatan Internet bagi tempoh tertentu untuk menilai sendiri pandangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh sekatan itu walaupun polisi negara jelas tidak akan berbuat demikian.

“Apa kata sesekali dalam tempoh tertentu, akses Internet Malaysia ditapis. Idea Dr Mahathir apa salahnya dicuba. Kelak, kita boleh menilai manfaatnya, sekali gus sentimen rakyat terhadap tapisan ini.

“Terlalu banyak keganasan datang melalui Internet. Apatah lagi dalam senario negara akhir-akhir ini dengan dihujani tohmahan, fitnah dan cercaan terhadap sensitiviti Islam, orang Melayu dan institusi raja.

“Sehinggakan viral meluas di ruang siber - maka tapisan terhadap laman sosial tertentu harus diwajarkan,” katanya melalui rencana yang bertajuk “Internet: Apa salah dicuba saranan Tun M” yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Dr Mahathir pada Jumaat mengulangi gesaan Putrajaya mengenakan sekatan Internet kerana kesan negatifnya mampu menggugat kestabilan moral awam.

Katanya, terpulang kepada kerajaan melaksanakan sekatan kerana pengendali dan pemilik server juga memainkan peranan sama apabila mereka kadang-kala diarahkan mengikut telunjuk politik.

"Saya tidak peduli betapa sucinya hak kebebasan tetapi saya rasa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menapis Internet.

"Hari ini setiap kanak-kanak boleh mengakses kepada bahan pornografi. Mereka tidak lagi selamat daripada gangguan seksual,” katanya menerusi tulisan di blog Chedet.cc.

Zulkifli berkata, peranan yang dimainkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) saja tidak mencukupi dalam melakukan sekatan terhadap Internet sebaliknya perlu ada kepakaran luar biasa daripada pihak berkuasa.

Katanya, Malaysia merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini dan ia juga terdedah menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi.

“Dengan kemunculan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna pada April tahun ini, cabaran mengekang kandungan Internet tertentu pasti penuh ranjau berliku.

“Sebaik saja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

“Mungkinkah kekangan ini yang dihadapi Dr Mahathir sehingga mendorongnya mengeluarkan kenyataan pedas kelmarin. Ada baiknya saranan Dr Mahathir diperhalusi dan difikir-fikirkan,” katanya.

Akhbar itu mendedahkan untuk laman Facebook saja, pengguna di kalangan rakyat Malaysia menjangkau 12.7 juta orang - meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara. Sejumlah 70% pengguna Facebook sekarang berada di Malaysia.

Pengakses porno yang dirintis daripada Internet di seluruh dunia untuk usia 18-24 tahun mencapai 13.6%, 25-34 tahun (19.9%), 35-44 tahun (25.5%), 45-54 tahun (20.67%) dan 55 tahun ke atas (20.3%), lapor akhbar itu.

Dr Mahathir semasa memimpin negara bersetuju Malaysia tidak perlu menyekat Internet kerana sebahagian syarat yang dikenakan pelabur luar dan syarikat teknologi besar untuk membantu negara membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancarkan pada pertengahan 1990-an.

Blog chedet.cc pada minggu lalu disekat daripada diakses masuk ke dalam akaun Facebook miliknya selepas beliau menyiarkan artikel 'The Jews' yang menyentuh isu Yahudi dan peperangan di Gaza antara Palestin-Israel. – 4 Ogos, 2014.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top