Nuffnang

#MH17 : Gambar2 Operasi PDRM Di Lokasi Nahas


Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Khalid Abu Bakar memaklumkan 12 petugas MH17 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi nahas semalam hanya dapat menjalankan penugasan dalam tempoh kurang dua jam berikutan isu keselamatan yang tidak mengizinkan di kawasan tersebut.

“Meskipun masih terdengar bunyi tembakan oleh pihak yang berkonflik namun ia tidak setegang semalam.

“Pasukan kita juga berjaya menemui bangkai kokpit namun tiada mayat mangsa dijumpai walaupun terhidu bau yang kuat di kawasan tersebut. Saya percaya ia daripada mayat yang telahpun dikeluarkan sebelum ini,” tambah beliau.




Beliau turut memaklumkan tiada barangan milik mangsa yang dijumpai sepanjang penugasan dijalankan.

Tambah beliau lagi penugasan akan disambung semula awal pagi ini dengan penambahan anggota kepada seramai 20 orang.




Temuramah Ketua Polis Negara oleh TV3



Terkandas akibat keadaan keselamatan yang tidak mengizinkan



Antara sekatan oleh tentera Ukraine



Terkandas akibat keadaan keselamatan yang tidak mengizinkan ekoran pertempuran di antara tentera Ukraine dan puak pemisah



Antara pasukan Petugas MH17 Polis Diraja Malaysia







Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top