Nuffnang

#MH17 : Mayat Rakyat Malaysia Pertama Dikenalpasti!!!


Penantian itu suatu penyiksaan.

Selepas tiga minggu pesawat MH17 telah ditembak jatuh dengan 298 orang menaiki pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ada 43 orang warga Malaysia dah hari ini, mangsa pertama dari Malaysia mungkin telah dikenal pasti, kata sumber.


Beliau ialah wanita berusia 27 tahun berasal dari Pulau Pinang, Elaine Teoh, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang dikenal pasti oleh pakar-pakar forensik di Belanda.


The Star melaporkan bekas pelajar lulusan Universiti Melbourne itu dikenal pasti antara dua dan empat hari lalu.


Difahamkan polis dan MAS dikatakan telah menghantar wakil untuk memberitahu ibu bapa Teoh mengenai penemuan itu.


Beliau dipercayai bersama teman lelakinya warga Belanda Emiel Mahler, 27 ketika kejadian.


Teoh dan Mahler kedua-duanya bekerja di sektor kewangan di Melbourne dan telah ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Portugal dan Belanda.


Dilaporkan sebelum ini bahawa rakan Teoh terbaik Tan Sook Theng sepatutnya mengambil pasangan tersebut di KLIA sebelum kejadian pada 17 Julai lalu.

Dilaporkan sebelum ini kawan baik  Teoh,  Tan Sook Theng sepatutnya mengambil pasangan tersebut di KLIA sebelum kejadian pada 17 Julai lalu.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemeriksaan identiti mangsa dari semua 226 keranda yang dikeluarkan dari lokasi kemalangan di Donestk, Ukraine, perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Najib berkata ini adalah supaya pasukan siasatan antarabangsa boleh membuat kesimpulan tanpa sebarang keraguan mengenai identiti mangsa sebelum apa-apa maklumat didedahkan.

Menurut Najib ketika itu, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat MH17 malang itu.

Bagaimanapun, pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Maklumat tersebut diperolehi Perdana Menteri selepas lawatannya ke sebuah kemudahan tentera di Hilversum, Belansa, 1 Ogos lalu, di mana 226 keranda yang mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang melalui proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).

“Bila (mayat) dibawa balik, kita akan adakan hari berkabung.

“Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya,” katanya
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top