Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

GAGAL!!! "Saya Bertanggungjawab" - @KhairyKJ



Kegagalan Team Malaysia untuk mencapai sasaran 7 pingat emas di Sukan Komanwel Glasgow 2014 yang baru berakhir menerima kecaman dari pelbagai pihak. Lantaran, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia Dan Sukan turut menerima tamparan apabila teruk dihentam di laman sosial gara-gara kegagalan Team Malaysia mencapai sasaran pingat emas pada temasya Sukan Komanwel kali ini malahan merupakan pencapaian terburuk bagi kontijen Malaysia dalam sejarah . 

Selaku menteri yang bertanggungjawab kepada prestasi sukan negara, ikuti jawapan Khairy berhubung kegagalan tersebut :

SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 : Satu Rumusan

Saya telah mengambil sedikit masa untuk mengkaji keputusan keseluruhan Sukan Komanwel 2014 sebelum memberi apa-apa reaksi. Sejak sehari dua ini memang banyak komen diberi oleh peminat-peminat sukan tanahair. Semua komen tersebut saya terima dengan baik.
Pertama sekali saya mengakui kita telah gagal. Tidak perlu saya bagi komen atau alasan yang lain. Bila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan sasaran 7 pingat emas dan apa yang dicapai hanya 6, itu adalah kegagalan. Tidak perlu saya kata "sasaran hampir tercapai" atau "sebenarnya prestasi atlet kita baik, cuma tak menang". A failure is a failure, full stop.
Kedua, tidak perlu juga saya menuding jari merata tempat. Saya menteri dan walaupun saya tidak berada di atas padang perlawanan sendiri, saya mesti bertanggungjawab. Yang lain - samada para atlet sendiri, jurulatih, pegawai, Majlis Olimpik, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), persatuan-persatuan sukan - semua dibawah naungan saya. Saya bukan jenis orang yang nak memindahkan tanggungjawab dan akauntabiliti kepada orang lain. Jadi saya mohon maaf kepada rakyat sebab kita gagal di Glasgow.
Ketiga, satu kajian post-mortem menyeluruh perlu dibuat secepat mungkin. Kajian ini tidak boleh hanya terhad kepada prestasi di Glasgow sahaja tetapi kena mengambil kira tempoh hampir empat tahun kebelakangan ini. Program Latihan Atlet Elit untuk menyediakan para atlet kebangsaan untuk bertanding di Sukan Komanwel bermula pada tahun 2011 dan telah menelan perbelanjaan jutaan Ringgit wang rakyat. Program ini dikendalikan oleh MSN, ISN dengan kerjasama MOM bersama dengan persatuan-persatuan sukan. Adakah pulangan dari program ini setimpal dengan perbelanjaannya? Adakah program ini berkesan? Adakah pengurusan program ini baik? Adakah kita dapat prestasi yang terbaik dari atlet kita melalui program ini? Soalan-soalan ini (dan banyak lagi) perlu dijawab sebelum kita mulakan program baru untuk empat tahun akan datang.
Keempat, keputusan-keputusan yang sukar mesti dibuat. Tough decisions must be made. Kalau ada persatuan, pegawai, jurulatih atau atlet yang underperforming mereka mesti memberi ruang kepada yang lain. Kalau berkali-kali tidak menepati KPI, mereka mesti berundur atau diganti. Perkara ini mesti dipraktikkan dari atas (saya) sampai ke bawah.
Empat perkara ini adalah perkara asas yang mesti dipegang sebelum kita melihat jauh kehadapan untuk mencetuskan kebangkitan sukan negara.
Tentang prestasi di Glasgow, secara rumusan:
- Trek basikal, menembak, gimrama dan boling padang gagal memberi pingat yang disasarkan. Perlu ada kajian mendalam kepada program-program dibawah sukan tersebut
- Badminton secara keseluruhan OK sahaja. Nasib baik menang kedua-dua doubles pada hari terakhir. Tapi inilah senario badminton tanahair tanpa Lee Chong Wei. We have no one else. Singles lelaki mesti ada rombakan segera
- Angkat berat ada potensi. Bangunkan bakat seperti Hafifi Mansor dan Zulhelmi Pisol supaya terus cemerlang pada Sukan Komanwel 2018
- Akuatik terjun kena kekalkan prestasi cemerlang. Terlepas satu emas sebab kecederaan pada Pandalela. Prestasi yang baik dari Ooi Tze Liang yang boleh kita develop lagi. Penerjun pelapis pun menunjukkan prestasi yang baik
- Skuasy overall OK. Masih bergantung kepada Nicol. Kena develop lagi barisan kedua. Lebih banyak pendedahan perlu diberi kepada pemain muda seperti Valentino, Ivan, Vanessa dan Rachel 
- Hoki, memang mengecewakan. Kita diberi tahu pasukan ini pasukan campuran yang memberi pendedahan kepada pemain-pemain junior kerana para pemain senior direhatkan untuk Sukan Asia. Kalau begitu kita tengok keputusan Sukan Asia. Kalau hambar, someone must go
Selain daripada kajian post-mortem, perkara yang memerlukan perhatian segera adalah persiapan untuk Sukan Asia yang akan bermula pada bulan September. Selepas apa yang berlaku di Glasgow, pemilihan atlet mesti dibuat dengan teliti. Kita perlu hantar mereka yang betul-betul ada peluang menang atau pelapis yang berpotensi tinggi untuk masa depan. Kalau sekadar dihantar untuk mendapat pendedahan tapi menjadi lauk orang lain, tak payah pergi. Membazir duit sahaja. Saya boleh cari pengalaman pendedahan yang lain untuk mereka, tak perlu sampai ke Sukan Asia.
Akhir kata, semua ini kata-kata sahaja. Bak kata orang muda 'sembang' sahaja. Yang penting adalah action and results. Saya akan berusaha untuk membawa perubahan yang diharapkan para peminat sukan tanahair. Cabaran ini besar sebab masalahnya sudah lama berkudis. Saya rasa ramai yang tahu kelemahan struktural dan kronik yang ada. Tetapi itu semua masalah saya yang perlu diatasi. It will not be easy, but it has to be done.

Majulah sukan untuk negara
Khairy Jamaluddin
Share this article

4 Komen:

  1. BAGUS,

    YB KHAIRY JAMALUDDIN... BILA NAK LETAK JAWATAN?????

    DAH MENGAKU GAGAL.. SILA LETAK JAWATAN DENGAN CARA TERHORMAT... KALAU MUKA TAHU MALU LAH..

    KER.. NAK JADI MACAM KHALID IBRAHIM.. NAK MELAWAN.. IKUT TABIE LIWAT BOSS KAU DULU SI NUAR BERAHI KOTE BENGKOK?

    SILA LETAK JAWATAN KERANA KEGAGALAN... PUSH STOP

    BalasPadam
  2. KJ dah mengaku bertanggung-jawab kerana kegagalan Malaysia di sukan commomwealth.

    Apa lagi tunggu LETAK JAWATANLAH!

    No thank you "KJ 10Q".

    BalasPadam
  3. Sdra KJ saya hormati cara u memikul sepenuh tanggung jawap sebagai menteri didlm prestasi terburuk skuad komanwel malaysia di Glasgow baru2 ini ...syabas n tahniah kerana sdra KJ tidak bersikap seperti menteri2 sukan yg terdahulu yg setau saya belum pernah mengakui secara terbuka diatas kegagalan skuad sukan negara kita ke tesmasya sukan yg bertaraf dunia seperti yg dilakukan oleh sdra KJ..jika dilihat inilah sepatutnya sikap yg patut diambil oleh semua pemimpin2 yg diberikan kuasa atau mendat didlm menerajui organisasi atau pun kementerian .rakyat dinegara jepun telah lama bersikap sebegini dimana bgi mereka mengakui akan kesalahan itu adalah lebih mulia dari menafikan dan memberikan seribu alasan seperti yg dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin2 tertinggi dinegara kita n akibatnya mutu sesuatu organisasi atau persatuan tidak akan berubah jika mereka2 yg berada diatas pucuk pimpinan tidak ada sikap seperti ini ..tapi jika dinegara jepun selepas mengakui kesalahan mereka2 ini bkn sekadar meminta maaf tetapi mereka akan melepaskan jawatan yg dipegang kerana kegagalan keatas tugas mereka yg dilantik agar menaikkan mutu atau kejayaan organisasi yg diketuai oleh mereka ...jika setakat mengakui segala kesalahan dan bersedia memikul tanggung jawap sepenuhnya keatas kegagalan skuad sukan negara ke komanwel sahaja dan tidak pulak meletakkan jawatan maka apa yg u lakukan ini sdra KJ adalah sama seperti mantan2 menteri atau pemimpin2 yg terdahulu yg walaupun tidak mengakui akan kegagalan skuad sukan negara diatas bahu mereka tapi mereka juga sama seperti u masih lagi selepas itu kekal sebagai menteri dan terus memimpin akan kementerian itu utk beberapa tahun lagi dan bile tiba temasya sukan antarabangsa seperti sukan komanwel yg akan dtg maka jika gagal lagi maka sama la jugak keadaannya KJ ....kalau benar2 ikhlas sebagi seorg ketua atau laksamana yg diberikan tugas utk memimpin sebuah pasukan perang kegagalan atau kekalahan hanya kan menyebabkan negara , bangsa kita kehilangan maruah malah tanah air jika kalah didlm medan peperangan jadi kegagalan n kekalahan tidak harus ade dlm kamus seorg ketua atau pemimpin kerana org yg dilantik utk mengetuai sesuatu badan atau kementerian itu seharusnya dari kalangan yg diperingkat pembelajaran atau trainee kerana jika seperti itu mereka2 yg dilantik utk mengetuai sesuatu kementerian atau organisasi besar maka habis n hancurlah akan organisasi itu ..sbaik baik pemimpin adalah dari kalangan mereka yg berani mengakui akan kesilapam dan kesalahannya dan mereka juga haruslah bersedia utk meletakkan jwatan n memberikan laluan bgi pemimpin lain jika terbukti mereka telah gagal memikul amanah yg negara telah berikan ...so sdra KJ mc mane ?

    BalasPadam
  4. belum sampai 2 penggal lagi
    PENYOKONG PR

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top