Nuffnang

MB BARU : Khalid Dipecat, Anwar Dan Wan Azizah Mengadap Tuanku Sultan!!!


Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN hari ini sebulat suara memecat Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.

Menurut Pengerusi Lembaga Dispilin KEADILAN, Tan Kee Kwong, pihaknya telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Khalid yang dibentangkan dalam mesyuarat MPP bertarikh 9 Ogos 2014.




Tan berkata, Khalid didapati ingkar keputusan mesyuarat MPP pada 21 Julai yang memilih Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Sebaliknya, Khalid dalam kenyataan medianya pada 22 Julai enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan sehingga kini masih memegang jawatan berkenaan.

Beliau juga didapati ingkar terhadap keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa perkara.

Antaranya isu mengenai projek Langat 2 dan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.

Menurut Tan, Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.

Tan berkata, Khalid turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun KEADILAN sudah mengarahkan beliau mengkaji semula projek berkenaan.

Selain itu, Khalid juga gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

“Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta,” ujar Tan dalam satu kenyataan media hari ini.

Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Share this article

1 Komen:

  1. Artikel | 6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.
    1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!
    2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.
    Baca seterusnya…
    http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6409
    Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
    Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

    Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

    Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

    Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
    Saujana Rawang, Selangor.

    11 Syawal 1435 h / 07 Ogos 2014

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top