Nuffnang

DAP Tembak DAP, BAGUS LA.... TEMBAK LAGI!!!


Nampaknya sengketa para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang sebelum ini hanya melibatkan PKR dan PAS semakin menular menjadi "virus" dan merebak menjangkiti para pemimpin DAP di negeri itu.

Datuk Teng Chang Kim dalam kenyataannya semalam, menempelak parti sendiri, DAP, kerana mengkritik kehadiran beliau dalam majlis menandatangai perjanjian industri air antara Selangor dan Putrajaya minggu lalu.


Teng yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor berkata, kritikan itu menunjukkan "ketidakmatangan" pemimpin DAP berkenaan yang sepatutnya sedar diri tentang kedudukan mereka.

"Saya fikir itu (kritikan) menunjukkan ketidakmatangan mereka (wakil rakyat DAP) dalam politik. Mereka tidak dapat membezakan politik dan pentadbiran. Saya kasihankan mereka," katanya yang dipetik dari laman pro-pembangkang, Malaysiakini.

Sebelum itu, rakan partinya, ADUN Kinrara Ng Sze Han dan Ketua Publisiti DAP Selangor, Ronnie Liu sepakat menghentam Teng secara terbuka kerana terlibat dan menyokong perjanjian kononnya yang belum dipersetujui "parti" Pakatan Rakyat.

Ng meluahkan kekecewaan beliau terhadap Teng di akaun laman sosial Facebooknya kerana hadir bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam majlis menandatangani perjanjian itu dan tindakan itu dianggap sebagai tidak menghormati parti.

"Adakah beliau (Teng) sudah lupa tanggungjawab terhadap parti," petikai Ng di Facebooknya.

Liu pula kemudian mempersoalkan sama ada Teng mengetahui kandungan dan impak perjanjian tersebut terhadap Selangor, parti dan Pakatan Rakyat.

Teng bagaimanapun, tetap tegas dengan pendiriannya menjelaskan bahawa sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ng dan Liu perlu tunduk dan menghormati kedudukan jawatannya yang lebih tinggi berbanding mereka.

"Saya sebahagian dari CEC. Ng Sze Han tidak, jadi saya sebahagian dari pasukan yang membuat keputusan (untuk DAP).

"Dia tidak sampai ke status itu, tidak sepatutnya dia buat kenyataan tanpa pemahaman," tegas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Difahamkan bahawa mana-mana pemimpin yang dilihat selari dengan pendekatan Menteri Besar Selangor dikatakan akan "diserang" oleh para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ekoran menyokong gerakan menggulingkan Khalid dari jawatan nombor satu di negeri tersebut.

Khalid sebelum ini dengan hati terbuka bekerjasama dengan Kerajaan Pusat Barisan Nasional untuk mengatasi masalah air di Selangor demi kepentingan dan masa depan rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun sikap Khalid yang sedia membuang ego parti demi rakyat itu tidak disenangi oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat, khususnya pemimpin-pemimpin politik yang melobi isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bagi menggantikan beliau.

 - UtaraNews.com
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top