Nuffnang

OPS DAULAT : Datu Amirbahar Didakwa Lancar Perang Terhadap Yang Di-Pertuan Agong

Adik kepada Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram Jumaat didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.




Datu Amirbahar, bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Datu Amirbahar, 49, dari Jolo, Selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kg Tanduo, Lahad Datu, antara 9 Feb. dan 23 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan, dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan DPP Lahad Datu Shukor Abu Bakar.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Prosedur Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau dan 14 Mei ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Berikutan dakwaan terhadap Datu Amirbahar, 20 warga Filipina didakwa setakat ini manakala seorang koperal polis warga tempatan juga didakwa di Mahkamah Majistret berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini.

Kesemua warga Filipina itu didakwa berhubung pelbagai kesalahan antaranya melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.

Seorang anggota polis pula didakwa tidak memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.

Kesemua kes itu juga dipindahkan di Mahkamah Tinggi Tawau.

- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top