Nuffnang

SMS RUSUHAN SEMASA PRU 13 - INI KATA PDRM




GEORGE TOWN -  "Saya tegaskan SMS itu palsu. Orang awam dinasihatkan agar tidak mempercayai berita yang mengarut ini. Kita mempunyai kekuatan dan pegawai yang mencukupi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman orang awam," katanya kepada pemberita di sini Rabu.




Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu akan berlaku rusuhan semasa pilihan raya umum ke-13.

SMS itu turut meminta orang ramai membeli barangan makanan dalam kuantiti banyak berikutan rusuhan itu.

Jurucakap pilihan raya Kontinjen Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata SMS palsu itu disebarkan individu yang tidak bertanggungjawab bertujuan menimbulkan suasana huru-hara.

Roslee berkata individu terbabit jika ditangkap boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia di bawah Seksyen 232 kerana menyalahgunakan talian telefon untuk menyebarkan maklumat palsu.

Katanya, orang awam yang menerima SMS itu dinasihat agar tidak menyebarkannya kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslee berkata sebanyak 54 laporan polis telah dibuat berkenaan isu pemasangan bendera sejak Parlimen dibubarkan 3 April lalu.

Daripada jumlah itu, 17 kertas siasatan telah dibuka.

-BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top