Semasa Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya kecil Batang Ai, Haji Hadi membuat satu kenyataan bodoh untuk menghina orang Sarawak sebagai masih pakai cawat. Pandai dia hina orang sebagai pakai cawat, nanti orang akan hina dia pakai serban dan jubah kotor.
Itu hanya menunjukkan ketiadaan sensitiviti pemimpin PAS mengenai kawasna setempat yang mereka mahu tandingi. Kalau tak tahu dan faham budaya setempat, janganlah Lebai Palsu PAS ini semua mahu wakili mereka.
Ketika pengumuman calun untuk PAS Sabah di perkarangan pejabat PAS Kalabakan, Hadi menganggap peristiwa Lahad Datu sebagai kesilapan kerajaan kerana membiarkan rakyat duduk dalam rumah atas air.
Lanjutan dari itu, Hadi berkata kerana masyarakat bermasaalah yang duduk dalam rumah air dan ini mendorong mereka pengganas, lanun dan sebagainya.
Akhirnya Hadi menyalahkan masyarakat rumah air di atas rakyat Lahad Datu, polis, dan tentera yang menjadi mangsa pencerobohan Lahad Datu.
Hadi Hadi .... budaya orang-orang pulau Borneo - baik Sarawak atau Sabah mahupun Brunei yang mewah - yang duduk di pinggiran pantai adalah untuk duduk di rumah air.
Ianya tak ada kena mengena dengan kemiskinan hingga menjadi masaalah sosial. Ini adalah satu penghinaan untuk orang-orang Borneo dari Sabah ke Sarwak!
Harap janganlah mereka nak kata Dr Mahathir pun kata demikian kerana dia lihat dari segi pandangan keselamatan bukan menyalahkan atau menghina rumah air.
Menurut Dr Mahathir, usaha mesti dilakukan untuk pindahkan penduduk rumah airke darat supaya rumah-rumah air tidak jadi tempat bersorok dan berlabuh untuk lanun dan penceroboh sempadan dari laut.
Cakap Hadi yang lain tak usah kita hebahkan sangat kerana elok mereka di kasi cermin dan apa yang dikata tak dilakukan di Terengganu ketika memerintah Terengganu dan PAS pun tak lakukan di Kelantan dan Kedah.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....