Nuffnang

Manifesto Bukan Janji : Nasib Penduduk Kg Buah Pala

Mangsa Kg. Buah Pala Kecewa Dengan Anwar Ibrahiman. Nasib baik BN dah umum yang manifesto mereka sebagai '#akujanji'. Kalau tidak, melopong mata rakyat kalau tidak ditunaikan. Mana taknya, rakyat nanti akan trauma, lihat sahaja contoh paling dekat, rakyat di Selangor. 




Menteri Besarnya sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa #ManifestoBukanJanji. Jadi oleh kerana itu, yang terima padahnya tentu-tentu rakyat. Antara yang terpalit dengan janji-janji busuk pembangkang ini ialah rakyat di Pulang Pinang khususnya penduduk Kampung Buah Pala. 

Aduhhh, pening kepala. Lima tahun berlalu, penduduk-penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang masih tidak dapat lupakan janji-janji manis Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu. Masalah di mana mereka dijanjikan penyelesaian masalah apabila pemaju ingin membangunkan kawasan tersebut. 




Penduduk tidak setuju kerana kampung terbabit merupakan aset mereka yang dinilai sebagai tempat tradisi. Malangnya, selepas dua minggu Pakatan berjaya merampas dan mentadbir Pulau Pinang dari kerajaan BN, Anwar Ibrahim terus melupakan kesengsaraan mereka. Keadaan menjadi semakin buruk apabila kerajaan DAP yang memerintah Penang bertindak menghalau penduduk di situ keluar dari kampung mereka. Mereka sudah menjadi mangsa sandiwara dan pemanis kata pembangkang. 

Terutama si Anwar Ibrahim, Ketua Umum yang banyak menabur janji kepada rakyat. Rakyat banyak merasa tertipu dek janji-janji manis mereka ini. Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukan sahaja mempunyai keangkuhan luar biasa dalam parti, tetapi juga sebagai Ketua Menteri. 




Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran berkata, dalam isu kampung yang pernah didiaminya, Guan Eng enggan mendengar permintaan penduduk dan begitu angkuh bertindak merobohkannya. Selain itu, jelasnya, Guan Eng juga bertindak sedemikian beberapa hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan yang sepatutnya diraikan oleh penduduk dengan rasa kemegahan bukannya kesedihan. 

Sekurang-kurangnya, kerajaan BN mampu untuk melaksanakan janji yang diberikan kepada rakyat. Mereka juga berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bersama-sama mencari solusinya. Jika tidak ada campur tangan kerajaan BN, masalah Kg Buah Pala tidak akan selesai hingga ke hari ini. Inilah BN, berkhidmat untuk masyarakat, bukan seperti Anwar Ibrahim yang meliwat kepercayaan rakyat.
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top