Elemen-elemen yang perlu diberi perhatian dalam gerakan anti gerila :
1. Ekonomi pasukan – Pasukan yang menentang pasukan gerila tidak boleh bertindak balas secara melampau kepada provokasi, memandangkan ini mungkin taktik pengganas untuk menyebabkan krisis dari segi keyakinan orang awam. Tindakan tahap kepolisan harus menjadi titik rujukan sebarang usaha dan mengambil tempat secara jelas dalam rangka kerja undang-undang, walaupun dalam keadaan darurat. Konteks "anggota di medan" adalah lebih penting daripada kecanggihan teknologi atau kekuatan tembakan yang dahsyat, walaupun pasukan anti gerila patut mengambilkira penggunaan sepenuhnya aset-aset moden udara, artileri dan elektronik.
2. Tindakan unit besar kadangkala perlu – Jika tindakan kepolisan adalah tidak cukup, gerakan ketenteraan mungkin perlu. Operasi Batalion besar sebegini mungkin diperlukan bagi memecahkan konsentrasi gerila dan memecahkan mereka kepada kumpulan-kumpulan kecil di mana tindakan bersama polis-awam mampu membendung mereka.
3. Mobiliti agresif – Mobiliti dan tindakan unit kecil yang agresif adalah sangat penting. Formasi berat harus diringankan untuk mencari, mengejar dan mengambil tindakan secara agresif kepada kumpulan insurgen. Berkumpul di kedudukan statik akan hanya menyerahkan medan kepada insurgen. Mereka mesti dipastikan sentiasa melarikan diri melalui kaedah rondaan, serangan, serang hendap, sapuan, kepungan, sekatan jalanraya, penangkapan dan lain-lain yah lebih agresif.
4. Susupan dan integrasi di peringkat bawahan – selain mobiliti, turut tersenarai adalah penyusupan terup keselamatan dan elemen awam ke dalam kawasan pasukan lawan. Selain untuk mengkucar kacirkan mereka, penyusupan yang dilakukan oleh pasukan-pasukan elit ke dalam pasukan biasa mampu meningkatkan keefektifan pasukan. Tujuannya adalah untuk menyatukan usaha risikan selain menguatkan sokongan pada peringkat medan.
5. Sensitiviti budaya – pasukan anti-insurgen perlu mempunyai pengetahuan tentang budaya setempat serta bahasanya. Kekurangan dari segi ini akan mengganggu usaha dan operasi ketenteraan dan awam.
6. Usaha risikan yang sistematik – usaha harus digembelengkan untuk menyusun kaedah pengumpulan maklumat yang efektif. Satu pross yang sistematik harus diaturgerak, dari penyoalan secara kasual terhadap orang ramai ke soal siasat yang tersusun terhadap tahanan. Penggunaan kumpulan yang berlakon bersimpati dan menyokong insurgen juga mampu mendedahkan identiti dan operasi insurgen.
7. Pengenalpastian yang tersusun – pasukan anti insurgen harus mempunyai kaedah yang tepat bagi membahagikan kawasan konflik kepada sektor tertentu dan mengenalpasti tahap kepentingan kawasan tersebut. Ia dipanggil kaedah "ink spot". Kawalan mesti bergerak keluar dr ink spot di atas peta, secara sistematik meneutralkandan menghapuskan ancaman insurgen dari satu grid peta ke grid seterusnya. Ia mungkin perlu untuk sesuatu kawasan di tahan tindakannya terlebih dahulu sementara kawasan prioriti dibersihkan.
8. Penghantaran pasukan besar atau unit khas – penghantara secara berhati2 pasukan besar adalah sangat bermanfaat bagi memberikan perlindungan secara tempatan. Unit khas termasuk komando, penjejak dan juga mereka yang berpaling tadah dari pasukan gerila asal mampu membantu memburu saki-baki insurgen yang terpecah.
9. Bantuan asing harus dihadkan dan ditetapkan – penggunaan bantuan asing mungkin perlu, samada dari segi terup, teknikal atau mekanikal, namun ia harus dihad dan ditetapkan dgn jelas kerana terdapat kebarangkalian mereka mengambilalih peperangan tempatan ini. Ia mungkin menyebabkan konflik yang lebih berpanjangan, memberikan peluang propaganda kpd pasukan insurgen yg boleh menggunakan org asing ini sbg sasaran. Selain dr itu, gangguan dr segi mereka yg tidak memahami budaya dan bahasa setempat mampu menempah kegagalan bg operasi sebegini.
10. Masa - satu faktor kunci dlm strategi gerila adalah konflik yg boleh meruntuhkan moral pasukan penentang. Pasukan anti-gerila haruslah membenarkan masa yg cukup bg mencapai kejayaan. Permintaan gelojoh agar kejayaan diperolehi dgn cepat demi perkara2 seperti pilihanraya akan mampu dimanipulasi oleh pasukan gerila seterusnya. Dalam erti kata lain..kita mungkin akan menang bersorak..tapi selepas itu kampung pula tergadai.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....