Nuffnang

Kata Dua DAP Kepada ROS: Dua Isu Dalam Satu

Riuh rendah jadi Pakatan Rakyat apabila Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ingin bertanding menggunakan logo PAS dalam PRU-13 apabila kemelut pemilihan CEC masih belum diputuskan oleh ROS. Yang peliknya isu menggunakan logo PAS ini tetap timbul walaupun ROS telah mengumumkan bahawa parti tersebut boleh saja menggunakan logo ‘roket’ mereka sementara perkara itu masih dalam siasatan. 




Keputusan ini diambil berdasarkan undang-undang di mana pendaftaran parti itu masih belum terbatal secara rasmi kerana masih di dalam siasatan. Untuk itu, ROS telah menghantar surat penangguhan siasatan kepada DAP atas dasar timbangrasa kerana mengambilkira kesibukan parti itu dalam menghadapi pilihanraya. 

Surat tersebut telah dihantar pada awal April lagi, tetapi minggu berikutnya, Karpal Singh membuat kenyataan seolah-olah baru sahaja menerimanya. Namun, DAP menganggap surat yang dihantar melalui faks adalah tidak rasmi serta menolak untuk menerimanya. DAP kemudiannya memberi kata dua kepada ROS untuk menghantar surat rasmi sebelum jam 3 petang keesokannya, atau mereka akan tetap bertanding atas logo parti sekutu mereka. 

Jelas sekali DAP sengaja tidak mahu menggunakan logo parti mereka yang sudah terkenal dengan sikap perkauman itu. Mereka tahu bahawa logo DAP telah dicop sebagai jahat, korup, rasis dan bodoh tidak tahu mengira. Taktik jahat DAP semakin terserlah apabila mereka cenderung memilih logo PAS berbanding PKR sedangkan PKR adalah lebih dekat dengan prinsip dan aspirasi parti itu. 




Ini kerana DAP cukup maklum bahawa orang-orang PAS pada umumnya, amat taksub dengan parti dan segala apa lambang atau slogan parti mereka. Justeru, dengan bertanding atas logo PAS, maka lebih mudahlah golongan taksub ini memilih calon DAP kerana sentimen setia buta-tuli kepada PAS dan logonya. Namun, tindakan DAP itu tetap dapat dihidu oleh segelintir orang-orang PAS lebih ‘terbuka’, lalu berlakulah kekecohan di mana mereka memprotes dan mempersoalkan keputusan DAP itu. 

Tempelak mereka kepada DAP, ‘kenapa tidak gunakan saja logo PKR?’ Sedangkan DAP sanggup mati kerana menentang prinsip PAS, kenapa pula ingin menggunakan logo PAS? Nampaknya, bukan semua puak PAS itu buta tuli. Tetapi, walaupun mereka lebih terbuka, kita masih tidak faham kenapa golongan ini terus setia bersama Pakatan Rakyat. Jika sedar akan pertentangan prinsip dan aspirasi, kenapa masih bersekongkol dengan DAP? Jika PR menang nanti, dan DAP berjaya menguasai PAS dan PKR, bukankah ia berpunca dari sokongan mereka juga? 

Tidakkah mereka memahami bahawa menyokong PAS bermakna wajib dan automatik menyokong DAP – tidak boleh tidak, dan tidak boleh dinafikan atau disangkal lagi kerana itulah hakikatnya. Bertambah malang bagi umat Melayu Islam ialah apabila protes golongan ini tidak begitu menyeluruh kerana sebahagian besar lagi penyokong PAS yang lain adalah buta tuli. Buktinya, beberapa laman web dan blog pro-PAS dilihat begitu giat membela penggunaan logo PAS oleh DAP. 

Sebenarnya, terdapat dua isu di sini, satunya ialah DAP sengaja ingin memanipulasi minda taksub penyokong PAS dalam PRU nanti, dan keduanya ialah DAP ingin agar rakyat melupakan soal ketidaktelusan mereka dalam proses pemilihan CEC. Apapun, kita pasti yang rakyat tidak akan lupa siapa DAP dan bagaimana tidak telusnya serta bodohnya mereka dalam mengira undi. 

Kita sudah menyaksikan bagaimana DAP sanggup memijak dan mempermainkan orang-orangnya sendiri secara terang-terangan, maka bayangkan saja apa yang mereka akan sanggup lakukan kepada yang bukan ‘orang-orangnya’, sekiranya mereka mendapat kuasa mutlak.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top