Follow Me

Followers

MELAMPAU!!! STRATEGI SINGAPURA KUASAI NEGARA MELALUI JOHOR DIBONGKAR!!!






1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAPsepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.




Sahabatku yang dirahmati Allah. Al-Imam al-Tabari berkata: "Allah SWT memberi petunjuk kepada ahli langit dan bumi, dan dengan cahaya Allah SWT mereka menuju kepada kebenaran dan dengan hidayah-Nya mereka terselamat daripada kesesatan". 

Dan kata Ibn Qayyim: "Allah menamakan diri-Nya Nur, menjadikan kitab-Nya Nur, Rasul-Nya Nur dan Dia dihijab daripada makhluk-Nya dengan Nur". Semoga Nur Allah SWT akan memandu kita membuat keputusan mengundi BN pada 5 Mei nanti. Maa's Salamah...

Blog Archive