Nuffnang

Bantuan RM5,000 Antara Manifesto PR Perak

Pakatan Rakyat Perak menjanjikan kepada rakyat negeri berkenaan bantuan pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga RM5,000, pertanian dan industri kecil di kalangan rakyat desa, ibu tunggal, miskin bandar serta orang kurang upaya sekiranya rakyat Perak mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang. 




Tindakan itu terang-terangan sebagai cubaan membeli undi daripada rakyat denngan menawarkan bantuan wang tunai sekiranya merekaa berjya memerintah. Perkara itu bagaimanapun dilihat akan menemui kegagalan kerana segala janji melibatkan wang tunai bukan satu mahupun dua, tetapi terlalu banyak janji PR yang tidak tertunai, termasuk di Selangor. 

Ini kerana pemimpin PR tidak perlu mengotakan janji manifesto kerana manifesto pada hemat mereka hanyalah cubaan membeli undi dan bukannya perjanjian untuk rakyat memilih pemimpin. Mereka pula sebaliknya mempermainkan rakyat degan menawarkan perkara-perkara yang "sedap didengar" tetapi "mustahil" ditunaikan kerana berfikiran rakyat tidak mampu berfikir akan penipuan mereka. 

Janji PR di Perak pula menunjukkan manifesto "recycle" dan telah pun dilaksanakan kerajaan Barisan Nasioanal (BN) sejak mentadbir negeri berkenaan selama empat tahun.Apa guna berjanji kalau tak ditepati. Antara janji-janji PR Perak adalah seperti pemasangan CCTV ditempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku jenayah. 

Mengupayakan belia dan wanita antaranya, bantuan sara hidup bagi balu bawah 50 tahun yang tidak bekerja dan tiada pencen suami bagi 4 bulan pertama selepas kematian suami, mewujudkan tabung khas RM3 juta setahun untuk program melahirkan ramai belia tani khusus dalam produk makanan. Meningkatkan bantuan pelajar ijazah pertama yang memasuki IPTA sehingga RM2,000 kepada anak Perak yang layak, menyediakan caruman Perkeso untuk pegawai masjid, guru KAFA dan Tadika Islam yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan komitmen gaji minima RM1100 kepada kakitangan kerajaan negeri dan GLC. 

Dalam perkara mensejahterakan rakyat, Pakatan Rakyat juga menjanjikan pemberian air percuma 20 meter padu bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan, komitmen membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit lot kediaman baharu untuk 5 tahun (2014-2018) dengan membuka kampung tersusun baharu dan mengazetkan tanah untuk komuniti orang asal dan pemberian hak milik kekal kepada keluarga yang layak. 

Mereka turut menjanjikan bantuan RM1,000 bagi pengurusan jenazah kepada waris warga keluarga yang layak dan waris kakitangan kerajaan negeri dan GLC. Pakatan Rakat Perak turut mengulangi janji lama untuk mengadakan pemilihan ketua kampung tradisional dan peruntukan RM250,000 setahun kepada setiap kawasan DUN bagi projek kecil dan program kebajikan rakyat. 

Manifesto itu turut menjanjikan peruntukan khas RM2 juta anugerah integriti dan program-pgoram latihan untuk kakitangan kerajaan negeri sebagai usaha untuk membanteras rasuah, menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam secara adil kepada semua kaum dan jantina berdasarkan keperluan dan kelayakan, menyediakan tanah yang mencukupi dan sesuai mengikut lokaliti untuk SJK(C) dan SJK(C). 

Perkara lain yang dijanjikan ialah menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan orang asal dengan peruntukan RM5 juta setahun, mengisytiharkan kawasan Kerian dan Padang Rengas sebagai Bandar Warisan Ilmu Islam dengan peruntukan tetap bagi membina dan menyelenggara beberapa pondok pengajian Islam moden.
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top