Nuffnang

Ops Daulat : MEREKA SEMAKIN LEMAH, Penduduk Semakin Berani - PAT

"Kebelakangan ini penduduk tempatan semakin berani menyalurkan maklumat mengenai musuh negara," katanya sambil menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah yang menggunakan taktik perang gerila akan berpanjangan.

Beliau berkata kerjasama orang ramai itu juga membolehkan pasukan keselamatan menangkap panglima pengganas Sulu bersama isterinya di kawasan paya di Semporna, Sabtu lepas.






Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yakin insiden pencerobohan di Sabah dapat diselesaikan dalam masa terdekat berikutan sokongan dan kerjasama penduduk tempatan.

Zulkifeli berkata demikian kepada pemberita semasa majlis makan tengah hari bersama media, pegawai tentera laut dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kapal perang KD Kelantan yang berlabuh di Markas Wilayah Laut 3 sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima 2013) hari ini.

Sehingga kini 65 musuh ditembak mati manakala 110 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 dan 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Zulkifeli berkata malah ada sesetengah operasi pasukan keselamatan untuk menangkap pengganas itu disertai penduduk kampung.

"Kekuatan pengganas Sulu sudah semakin lemah apabila ketua mereka lari meninggalkan anggota lain dan stor-stor simpanan senjata musuh yang ditanam berjaya ditemui pasukan keselamatan," katanya

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pengganas Sulu yang melarikan diri itu akan berpatah balik tetapi pasukan keselamatan akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

"Saya baru pulang dari Lahad Datu malam tadi, sekarang ini kita sedang buat operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu, kita akan menguasai kawasan itu dengan meletakkan pasukan keselamatan kita," katanya.


-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top