LANGKAWI 27 Mac - Polis akan menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh untuk mengesan kumpulan atau individu yang terlibat menyalur dana kepada kumpulan pengganas di selatan Filipina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, buat masa ini polis tidak boleh mendedahkan butiran siasatan kerana ia adalah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.
"Tunggu sehingga siasatan kami (polis) selesai baru kami akan dedahkan. Kami akan cuba secepat mungkin untuk mengesan pihak itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau ruang pameran System Consultancy Services, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar di Lahad Datu berkata, pihak keselamatan sedang mengesan tindakan mengkhianati negara termasuk golongan yang bersubahat dalam memberi dana kepada anggota pengganas di selatan Filipina.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi semasa Operasi Daulat, Ismail berkata, polis telah menghantar beberapa aset penting bagi memantapkan strategi pertahanan pasukan keselamatan terutama di Lahad Datu.
Polis telah menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk memantapkan beberapa perkara asas seperti keperluan logistik dan aset penting, katanya. - BERNAMA
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....