Nuffnang

Ops Daulat : Tahniah!!! Anak "MAT BOM" Pula Berjaya Ditahan




Antara suspek militan Sulu yang dibawa ke mahkamah sebelum ini.

SETELAH mendapat berita gembira yang ‘Menteri Pertahanan’ Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.

Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.

Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.

” Ketika ditangkap, kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas,” katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.

Justeru penahanan Ali yang juga anak lelakinya ‘hidup-hidup’ semalam, merupakan satu lagi kejayaan besar pihak keselamatan negara dalam memburu ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Tahniah pasukan keselamatan negara! – Mynewshub.my

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top