Browse » Home » » OPS DAULAT : 26 Daripada 140 Rumah Sah Tidak Lagi Boleh Didiami
OPS DAULAT : 26 Daripada 140 Rumah Sah Tidak Lagi Boleh Didiami
LAHAD DATU 30 Mac - Sebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.
"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.
"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan. - UTUSAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



mozek yunani purba ditemui di zeugma turki mempame...

at briefing on urban renewal act hamzah joined by ...

wanita 41 tahun dan anak perempuannya 18 direman k...

berjaya selamatkan anak jatuh sungai tapi sendiri ...

rahsia surah al fatihah 1qfh0

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....