Nuffnang

OPS DAULAT: MENGEJUTKAN!!! KISAH BENAR MENGENAI PENGGANAS SULU


Hasil siasatan ke atas anggota pengganas yang ditahan mendapati kesemua mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.



Mayat pengganas yang ditembak mati di Kampung Simunul, Semporna, Sabah 



“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya lagi.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal. 

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.



BB : Bukan Sahaja pengganas Sulu, Di negara kita ini pun dah ramai yang berstatus Islam hanya pada IC!!! Fikir-fikirkan.

Share this article

15 Komen:

  1. yeh...yeh...terbaik !

    BalasPadam
  2. bukan jihad...tapi jahat.. Patutlah mereka senang diperdaya oleh si Kiram durjana..

    BalasPadam
  3. mudahnya tafsiran jihad bagi mrk. mcm sama pula dgn jihad pas yg dikatakn syahid kalau mati katak akibat terjatuh ketika pasang bendera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu di namakan mati syahid beruk.....sbb jatuh dr atas pokok.

      Padam
  4. Tak perlu mati berperang mempertahan Agama dan negara untuk mendapatkan syahid tapi mudah saja..... iaitu hanye pangkah PAS semasa mengundi nanti.....ni bukan saye kata, Nik Ajis yang kata....k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas yg gabung dgn DAP tu kah ? Tdk nas drp quran n hadis pun jumpa mngatakn begitu...

      Padam
  5. mereka.ni sama macam pas piss puuuus take beeeeeeeer

    BalasPadam
  6. Anak Watan Harus berwaspada dan bersatu-padu mempertahankan kestabilan politik negara. Mungkin akan lebih banyak lagi ancaman seperti ini dimasa-masa terdekat dan akan datang dan perlu ditangani dengan bijaksana. Salam Satu Malaysia kepada semua.

    BalasPadam
  7. memangkah pas lebih baik drpd mmgkh umno bn parti yg terang2 tolak hukum Allah,memperlekeh nabi ,menyubur islam sekular,,,,,tk tau la mcm mn akidah mereka yg tetap sokong umno bn

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai... bertahun2 PAS printah kelantan.. nape tak buat hudud dulu??????? mcm aye jante.. kokok sane.. kokok sini.... wieee tengok mencirit u penoh candu... kalimah Allah boleh share dgn kafir.. dalam kubur ada soalan ke... Ya tok ajis... apa parti mu??? kalau aku pangkah BN pun, solat aku tetap sama mcm korang... mengadap kiblat yang sama.. Allah yang 1.....tapi BN tetap pertahankan kalimah Allah tidak boleh kongsi2.. . korang yang terpesong, bukan sesat lagi.. dah terbabas2...

      Padam
    2. Wei dol, dah tertera dalam perlembagaan malaysia, undang2 persekutuan tak benarkan perlaksaan hudud, macam mana undang2 negeri nak laksanakan? len kali persekutuan bagi kelulusan kat PAS di Kelantan, untuk laksanakan Hudud, kemudian barula nak kritik kalau ada kesalahan.. kritik xde masalah, yg msalahnya tak nak buat, tiada usul lansung pon, malah ada puak2 umno yg xsetuju nak laksanakan HUDUD. kesian aku tgok puok2 yg konon pandai, pakai kot mahal2, tapi dok agungkan Lord Reid punya undang2... sape yg terpesong sekarang????

      Padam
  8. "umno bn parti yg terang2 tolak hukum Allah,memperlekeh nabi ,menyubur islam sekular,,,,"

    OI PECACAI PAS, CUBA BERI BUKTI. INI TUDUHAN SEJAK PAS MULA DITUBUHKAN DULU. ZAMAN BAPAK AKU LAGI. BUTAKAH MATA KORANG SEMUA DENGAN APA YANG K'JAAN DAH LAKUKAN. ITULAH JADINYA BILA ADA MATA TAK BOLEH MELIHAT, ADA OTAK TAK BOLEH BERFIKIR. SEBAB TU TUAN GURU HJ ABDULLAH SAAMAH DAN MINDA PONDOK KATA "SOKONG PAS HARAM"

    BalasPadam
    Balasan
    1. tang mana statement TUAN GURU HJ ABDULLAH SAAMAH dan Minda Pondok habaq sokong PAS haram tu?? tunjukkan bukti, nak beri bukti pe g, terang2 la memang BN ni parti sekular.. banyak bukti dah bang oi, banyak2 berdiskusi, cari maklumat dan buka minda bila orang kritik kerajaan wat salah, jgn dok melenting dok sokong org dok wat salah... dah bagi kemudahan kepada rakyat, tu memang tanggungjawab kerajaan, memang kerja dia, kalau rasa tak nak dikritik berenti, bagi org lebih layak, lebih relevan dan lebih adil memimpin..

      Padam
  9. Masalah hok parti2 ni hnya nama je.slama saya hidup di malaysia ni saya tak jmpa lg nma2 parti ni dlm al,quran dan hadis.yang pnting wakil rkyat yang kita undi tu berlatarbelakang mcm mana.jadi pikir2kan....

    BalasPadam
  10. Kalau nak jadi islam dan ingin kan banyak pengikut ,setiap pemimpin harus berkata kata dengan supan.tidak suka tuduh orang itu tak sah sembeyang nya,kata orang itu murtad, kata orang itu kawan dengan orang kafir. sesiapa yang hidup dalam Malaysia ini kena ikut keadaan. sebab kita memiliki bermacam bangsa dan agama.kalau semua tak boleh,kena tinggal di plinet lain lah, bawak orang orang serban sehaja.Tapi seban tu tak semesti nya islam,Kalau serban sing.macan mana. Di china banyak yang pakai serban ,tapi bermain dengan babi dan anjing. Jadi jangan lah merasa kan diri itu betul semata mata.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top