Nuffnang

LIMA 2013 : Industri Aeroangkasa Malaysia Berkembang 9.4 Peratus

Industri aeroangkasa Malaysia tahun lepas berkembang 9.4 peratus kepada RM30.3 bilion berbanding 2011 dan menyumbang 3.23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Menurut Laporan Industri Aeroangkasa Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might), perolehan berkenaan disokong oleh aktiviti syarikat penerbangan yang aktif terutamanya syarikat penerbangan tambah rendah, pengembangan perniagaan pembuatan aeroangkasa dan perkembangan positif dalam subsektor lapangan terbang.


"Perkembangan positif industri juga merupakan hasil daripada pelaksanaan projek-projek pelaburan termasuk Eurocopter, BHIC Aeroservices dan Sepang Aircraft Engineering," demikian menurut Might dalam satu kenyataan Selasa.


Laporan berkenaan, bersama-sama dengan Laporan Industri Maritim, dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.


Might berkata menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), tahun lepas juga merupakan tahun yang baik bagi pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik.


"Sebanyak 11 projek diluluskan tahun lepas bagi industri aeroangkasa dengan pelaburan berjumlah RM2.3 bilion yang mewakili 30 peratus daripada industri peralatan pengangkutan.


"Dari segi pewujudan pekerjaan, projek-projek yang diluluskan dijangka mewujudkan 2,739 peluang pekerjaan kebanyakannya dalam subsektor pembuatan aeroangkasa," katanya.


Ia berkata eksport negara tahun lepas bernilai kira-kira RM2.2 bilion yang terdiri terutamanya daripada komponen dan peralatan aeroangkasa, manakala import melibatkan pesawat, bahan mentah dan alat ganti bernilai RM13.2 bilion.


] "Perbezaan antara import dan eksport boleh dikurangkan dengan ketara melalui penempatan komponen dan alatan pesawat seperti pengeluaran bahan mentah pengeluaran aeroangkasa yang akan menjadi strategi cadangan pelaburan akan datang bagi MIDA dan Might," katanya.


-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top