Nuffnang

OPS DAULAT : TAHLIL DAN DOA SELAMAT ANAK MUDA BUAT WIRA NEGARA




WANGSA MAJU — Majlis bacaan yassin, tahlil & solat hajat diadakan di Dewan Melati PDRM, Wangsa Maju. Program ini disertai belia-belia kawasan sekitar yang prihatin dengan perkembangan terkini di Lahad Datu, Sabah.

Sekitar 200 orang anak muda bersama-sama dalam majlis ini yang dimulakan dengan solat isyak diikuti dengan solat hajat, bacaan yassin dan seterusnya tahlil buat wira negara yang terkorban mempertahankan negara ini.

Inisiatif solat hajat ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah s.w.t memberikan perlindungan kepada anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan negara ini dari pencerobohan pengganas Sulu.

Rata-rata anak muda yang ditemui meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang melabelkan insiden Lahad Datu ini sebagai sandiwara semata-mata.




Tegas mereka lagi, dengan penganjuran majlis ini ianya dapat menzahirkan sokongan padu kepada anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mereka demi agama, bangsa dan negara berbanding sikap pihak yang hanya tahu memperlekehkan anggota kita.

Anak muda Wangsa Maju menegaskan mereka sentiasa menyokong usaha, khidmat dan jasa anggota kita. Tanpa mereka, keamanan yang kita kecapi selama ini tidak akan dapat kita nikmati hari ini yang menjadikan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top