Nuffnang

JURUTERBANG TERMUDA NEGARA BAKAL CIPTA REKOD DUNIA

"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.





Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.







Tahun lepas, nama beliau disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "The Youngest Malaysian to fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition".

Tan berkata misi beliau juga ialah untuk memberi motivasi kepada belia seluruh dunia untuk menjadi individu yang mengutamakan kejayaan dan kecemerlangan.

Sementara itu, bapanya, Tan On Chin, 58, berkata anaknya itu amat meminati kapal terbang sejak berusia lima tahun lagi dan memutuskan untuk memberi sokongan kepada anaknya itu memenuhi impiannya.


-- BERNAMA
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top