Nuffnang

TRAGEDI!!! KEBAKARAN DI KG NUMBAK, MENGGATAL, SABAH


Berdasarkan maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba dan Penyelamat, Kota Kinabalu, pihak bomba menerima panggilan pada 7.09 minit malam tadi satu kejadian kebakaran telah berlaku di kampung Numbak, Menggatal.

Sebanyak 3 jentera Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama 18 anggota digegaskan ke tempat kejadian dan turut melibatkan bantuan 1 jentera dan 8 anggota dari Balai Bomba Lintas.






Operasi tersebut diketuai, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu, Haji Hamsa Isnurdini.

Turut berada di lokasi kejadian Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Nordin Pauzi.

Operasi pemadaman dihentikan dan berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11 malam tadi.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, wakil rakyat Karambunai, Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid ketika dihubungi memberitahu pihaknya telah meminta pihak berkenaan agar para penduduk ditempatkan dibeberapa penempatan sementara yang telah dikenalpasti termasuklah SK. Kebagu dan Surau Kampung Selembangun.

Dalam pada itu, usaha memastikan penyaluran bantuan kebajikan seperti makanan, minuman, selimut, bantal dan tilam kepada mangsa kebakaran di kawasan terbabit juga sedang giat dilaksana melalui inisiatif wakil rakyat serta kerjasama para pemimpin masyarakat setempat.


Share this article

1 Komen:

  1. kepada semua wira Msia.......AWAS TAKTIK MUSUH NEGARA...... MUNGKIN TAKTIK PENGGANAS N TALIBARUT PENGGANAS KIRAM NAK ALIH KAN PERHATIAN PIHAK KESELAMATAN MSIA DARI BERKAWAL DI KAWASAN PANAS....SUPAYA PENGGANAS BOLEH PLAN STRATEGI BARU UTK SERANG PIHAK KESELAMATAN MSIA...... ALLAHU AKBAR ! HANCURKANLAHPENGGANAS KIRAM, HANCURKANLAH TALIBARUT KIRAM....ALLAHU AKBAR!!!!!!!AAAAMIIIIN.........

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top