Nuffnang

PARTI HAPRAK!!! Mejar Zaidi Sahkan Amanah Parti Tak Boleh Pakai!


DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini.

Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah.

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN".

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.

'Ini adalah sebuah negara yang bebas'

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata:

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP.

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas.

Tetapi bagi penulis, Mejar Zaidi lah orang yang paling haprak, tidak boleh dipercayai dan individu yang tidak berpendirian serta boleh dijual beli.
Share this article

6 Komen:

  1. Dedak yang di tabur cop Kuali mana boleh lawan dedak cop Roket. Orang macam ni mana-mana longkang pun banyak.

    BalasPadam
  2. Buat malu TUDM saja bekas mejar ni. Silap haribulan kalau tak jadi meja, jadi kerusi lah dalam DAPpigs tu. Tempat habuan babi2 tu duduk. Bangang punya Melayu....lalang lagi baguis dari ko ni.....

    BalasPadam
  3. bANGKAI MACAM NI, KALAU BOLEH, ATOK NENEK MAK BAPAK ISTERI DAN ANAK2 SENDIRI PUN DIGADAI DEMI DEDAK!

    BalasPadam
  4. Lebih baik daripada masuk parti penyamun yg sekian hari kencingkan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju....ko tengok LGE kencingkan rakyat Penang dengan kes rumah dia dan tanah perumahan rakyat Kpg Manggis tu. Habis satu Penang hancing dek DAPpigs tu punya kerenah....

      Padam
  5. lompat si katak lompat.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top