Astaghfirullah al azim.... Fitnah di kota suci? Mufti oh Mufti..... Mufti Perlis, Dr. Maza dikecam hebat hari ini apabila kenyataan beliau yang berbaur fitnah terhadap sebuah Institusi Agama mendapat kritikan hebat nitizen. Rata-rata pengguna Facebook menyatakan kekesalan apabila Dr Maza menggunakan kedudukan beliau sebagai seorang Mufti untuk mengeluarkan kenyataan berat sebelah tanpa merujuk pihak yang terlibat terlebih dahulu.
Lebih
menghangatkan keadaan apabila nitizen terus mengecam kenyataan berbaur fitnah
tersebut yang ditulis di Kota Mekah. Ianya menjadi persoalan di media sosial
bagaimana seorang yang memegang jawatan sebagai Mufti sanggup menulis kenyataan
tersebut di Kota Suci Mekah.
Setelah
mendapat kecaman di media sosial, Dr. Maza akhirnya menarik balik kenyataan
tersebut dengan memadam komen pengguna facebook yang mendapat sokongan hangat
nitizen diikuti dengan memadam keseluruhan “post” tersebut dari “timeline”
facebook beliau beberapa jam selepas “post” tersebut dikeluarkan.
Walaubagaimanapun,
sehingga kini tiada kenyataan permohonan maaf dikeluar oleh Dr. Maza atas
kenyataan beliau yang berbaur fitnah itu. Ada pengguna Facebook yang
menyifatkan tindakan Dr Maza ini telah menghina kedudukan beliau sebagai Mufti
serta mencemarkan Institusi Mufti itu sendiri.
Ada
juga yang meminta agar Dr Maza bertaubat akan perbuatan beliau itu. Semoga
kejadian sebegini menjadi iktibar buat semua pihak dan bersama-sama kita
menghayati semangat Tabayyun iaitu sikap untuk memeriksa atau memastikan
kebenaran sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan.
kalau benar dah buat fitnah...mintak maaf je la tuan mufti. itu lebih baik. jangan ego.
BalasPadammana fitnahnya.. aduii.. knp blog ni makin lama makin terserlah kebangangannya ni..
BalasPadam