Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#BebasAnwar : Azmin Dipanggil Ke IPD PJ Untuk Bantu Siasatan!


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali akan disiasat, kerana didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 berhubung papan iklan #BebasAnwar yang dinaikkan di pelbagai lokasi di negeri itu.

Azmin telah dipanggil untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, esok, bagi membantu siasatan.
Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Azmin akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Kami perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku esok, tetapi saya fikir sangat pelik untuk menyiasat seseorang kerana satu papan iklan,” katanya.

Bulan lalu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tempatan di Selangor, kerana memberi kelulusan untuk papan iklan itu.

Jamal mendakwa papan iklan itu “mengelirukan”, kerana ia mengisytiharkan Anwar Ibrahim sebagai “tahanan politik”, padahal bekas pemimpin pembangkang itu sekadar “penjenayah”.

Agensi berita Bernama pada bulan lalu turut melaporkan, kerajaan negeri akan menunggu surat rasmi daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum mengambil tindakan lanjut untuk menurunkan papan iklan itu.

Azmin merujuk status Khalid di Twitter yang menggesa pihak berkuasa tempatan di Selangor menurunkan papan iklan itu, kerana ia boleh dianggap tindakan menghasut.

Menurut Azmin, mereka tidak boleh bertindak atas gesaan Khalid itu, kerana kenyataan itu dibuat di Twitter.

Buat masa ini, papan iklan #BebasAnwar ditempatkan di 20 lokasi di Selangor, termasuk Subang dan Rawang.

- SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. Dah terang menhadur dan mengelirukan rakyar..Anwar gayboy tua kena penjara disebabkan liwat bukan politik dah diputuskan oelh mahkamah yang tertinggi di Malaysia so mereka yang cuba mempertikaikan keputusan Mahkamah boleh disabitkan juga sebagai menghina mahkmah dalam kes ini Azmin tak boleh lepas mcm ..rafizi ,macm nurul dan LimGuan eng....Sprm....kita sabar..kita sabar...

    BalasPadam
  2. Naikkan papan iklan bertajuk hukuman meliwat tidak Adil hanya 5 tahun. Orang lain kena 20 tahun dan sebat. Rakyat nak tengok apa pula puak2 ni nak buat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top