Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERPUTIH MATA : Kenyataan Kit Siang Petanda Bendera Putih DAP Di Sarawak


Sudah dua kali pemimpin utama DAP Lim Kit Siang memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau akan terus menerajui negeri itu selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 diumumkan pada 7 Mei nanti.
Memang tidak ada peliknya kenyataan Penasihat DAP itu kerana di atas kertas, Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan kekal memerintah Sarawak sekurang-kurangnya dengan memenangi 67 daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Sebab itu kata Kit Siang, tujuan utama mereka adalah untuk menafikan BN menang majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Bagi tujuan untuk pembangkang khususnya DAP, PKR dan AMANAH perlu memenangi paling kurang 28 kerusi.

Ini tidak mengambil kira 11 kerusi yang ditandingi PAS kerana jika ada calon parti Islam itu menang, belum ada jaminan mereka bersama bagi melengkapkan bilangan bagi menafikan majoriti dua pertiga BN.

Untuk rekod pada PRN Sarawak ke 10, pembangkang hanya menang 15 kerusi, Bebas (1) manakala BN 55 kerusi.

Bilangan keseluruhan kerusi DUN Sarawak ketika itu adalah 71 manakala pada PRN kali ini, jumlah meningkat kepada 82 kerusi.

Daripada jumlah itu, selain DAP bertanding 35 kerusi, PKR mempertaruhkan 40 kerusi, PAS 11 dan AMANAH mencuba nasib di 13 kerusi.

Bagaimanapun, melihat pertelagahan DAP dengan PKR ekoran pertindihan kerusi yang ditandingi di enam DUN, ianya sedikit sebanyak boleh menjadi penghalang kepada hasrat Kit Siang bagi menafikan BN mendapat majoriti dua pertiga.

Sudah tentu agak mustahil BN hanya memenangi 54 kerusi sahaja pada PRN kali ini sedangkan pada PRN 10, jumlah dimenangi adalah 55.

Ambil kira bilangan itu berjaya dipertahankan dan BN menangi lagi 10 daripada 12 kerusi baru dipertandingkan berikutan persempadanan semula, bermakna keseluruhan kerusi dimenangi BN adalah 65.

Tanpa mengecilkan kemampuan pembangkang dengan memberi jangkaan mereka memenangi 17 kerusi – meningkat dua daripada sebelum ini, pembangkang masih gagal menafikan BN majoriti dua pertiga.

Justeru itu, tidak pelik Kit Siang mengakui Adenan akan terus kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk lima tahun lagi.

Membaca kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu, nyata ianya tersirat kembimbangan Kit Siang bahawa pembangkang khususnya DAP sekali lagi akan berputih mata di Sarawak. - SUMBER

Hmmm.... kalau dah tahu macam ni, yang pergi bergaduh pasal kerusi lagi di  untuk PRN Sarawak tu apa pasal? Auta banyak ni...
Share this article

2 Komen:

  1. Aiyoooo....ini apek cilaka bilum pigi mampuih ah? Manyiak suh wei!!

    BalasPadam
  2. Standard Operating Procedure wayang opera DAPpigs...parti ter-RACIST Se Melaya.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top