Nuffnang

KECOH : Najib Dikepung Mat Motor Di Jom Berambeh Anak Muda Sarawak


Kecoh dan gamat suasana tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Serbaguna, Kampung Pinang Jawa selepas menunaikan solat Isya' di Masjid Al-Taqwa.


Kunjungan Najib adalah bagi menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam bersama penduduk di sini diiringi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong Fazzruddin Abdul Rahman.

Najib turut sempat beramah mesra dengan kumpulan anak muda dan membuat gimik pelepasan konvoi motosikal utk program berambeh bersama anak muda yang disertai lebih 100 buah motorsikal.


Kira- kira lebih 1000 orang penduduk mengunjungi dewan ini untuk meraikan kehadiran YAB Perdana Menteri.

Terdahulu, selain menghadiri majlis tersebut, Najib pada siangnya telah menemui dan beramah mesra dengan penduduk menerusi program 'walkabout', meninjau Klinik Kesihatan Siburan dan meneruskan 'walkabout' di sekitar pekan Serian. 




Share this article

4 Komen:

  1. Kat semenanjung ramai pemuda yg sokong to jib ni geng rempit. Kalau yang berpelajaran tu sikit sangat yg sokong

    Kat Sarawak tak tahu ler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa aku remaja...aku pun merempit gak. bila dah dewasa. dah berakal. tak kan nak merempit lagi. budak muda biasalah. tak ada pulak aku jadi mat gian. jadi perompak. alhamdulillah hidup aku bahagia jer. hati mau baik be....hati gelap tuhan murka. nanti cepat mati.

      Padam
    2. Yang tak merempit lepas dewasa dan jadi baik tu peratusannya kecil sangat.

      Banyak yang rosak. Kalau tak merempit pun selepas tu, kerja biasa ja tak kemana pun WALAUPUN BAHAGIA.

      Sebenarnya bukan nak salahkan perempit 100%.

      Yang bersalah juga ialah PEMIMPIN YANG TIDAK MENJALANKAN KERJA DENGAN BETUL.

      Merempit sampai sekarang dah jadi biasa sampai ada yang mati. Jangan salahkan Polis lak. Siapa yang PIMPIN Polis yang tak pastikan ianya dihapuskan?

      Pemimpin di rumah plak kebanyakannya sibuk bekerja cari makan. Bertambah sibuk sejak gst. Jangan terus salahkan pemimpin di rumah. Siapa PEMIMPIN GST?

      Tak kira lagi dengan banyaknya cerita rempit dan ganas di media tv dan lain2. Siapa PEMIMPINNYA?

      Sebenarnya semuanya berkaitan dengan pemimpin Melayu geng To Jib.

      Padam
  2. Ya ke..kau dahconfirm ke apa yang kau cakp tu betul..takut jadi fitnah pulak..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top