Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KEMELUT MB : Najib Bakal Mengadap, Mesyuarat Exco Terakhir Ahmad Razif?


KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan bakal menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini. Berdasarkan maklumat awal yang diterima pihak media, Najib dijangka tiba di Istana Terengganu kira-kira jam 2.45 petang ini, sebelum beliau berangkat ke Sarawak.
Namun, ada khabar angin yang mengatakan Najib akan menghadap Sultan Mizan pada jam 3 petang esok, bagi membincangkan kemelut membabitkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dengan pihak Istana.

Tambahan, Ahmad Razif juga dikatakan bakal diganti dengan calon pilihan Perdana Menteri.

Beberapa exco bagaimanapun menafikan spekulasi yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee antara calon yang bakal menggantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu.

Mereka sebaliknya menyifatkan pelantikan Menteri Besar baru itu sekadar khabar angin yang tidak akan menjadi kenyataan.

MESYUARAT EXCO

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman hadir mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (EXCO) di Wisma Darul Iman hari ini.

Ahmad Razif yang terpalit dengan krisis antara Istana Terengganu tiba kira-kira jam 9.25 pagi kelihatan tenang dan mengukir senyum kepada pihak media.


Bagaimanapun, Razif ketika diajukan soalan oleh wartawan enggan mengulas sebarang komen kononnnya berlaku pelantikan Menteri Besar baharu, susulan pihak Istana negeri kurang senang dengan pentadbiran beliau.

“Saya tidak mahu beri sebarang komen,” katanya ringkas kepada media.

Mesyuarat dijalankan dengan kehadiran kesemua sembilan barisan EXCO iaitu Datuk Tengku Putera Awang, Datuk Mohd Jidin Shafee, Datuk Rozi Mamat, Rosli Othman, Nawi Mohamad, Latif Awang, Roslee Daud, Datuk Muhammad Pahemi Yusof, Ghazali Daud.

Sebelum ini, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan sah telah melucutkan kesemua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif.

Perlucutan kesemua darjah kebesaran berkenaan telah berkuatkuasa pada 22 April lalu seperti mana dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Ahmad Razif, 49, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Mizan pada 12 Mei, 2014 menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Spekulasi mendakwa dua nama yang disebut-sebut bakal dicalon sekiranya Ahmad Razif berundur ialah ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Sultan Terengganu dalam waktu terdekat ini bagi menyelesaikan krisis itu.

PAS Terengganu dilaporkan enggan mengadakan kerajaan perpaduan sebaliknya memilih pilihan raya negeri untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan baharu.

Satu-satunya ADUN PKR, Azan Ismail pula mencadangkan PAS dan UMNO membentuk campuran kerana ia jalan terbaik daripada mengadakan pilihan raya negeri.

- SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. Untuk menjimatkan kos, pembentukan UG adalah dialu2kan.

    BalasPadam
  2. ya betul jika buat pilihanraya duit rakyat jugak digunakan.. lebih baik buat benda lain utk rakyat.. sapa pun jd MB rakyat camtu jugak.. yg untung yg jd MB lah dpt duit lebih beb.. ini semua poyo

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top