Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WOW!!! Mahfuz Dapat "Surat Cinta" Daripada PAS Negeri!!!


Kikiki.... Amacam waibi? Nak jadi hero ye? Ada can nak jadi waibi bebas kot? Semuanya gara-gara tindakan Mahfuz sendiri yang engkar pada keputusan PAS Pusat dan terlibat dalam satu gerakan yang konon-kononnya untuk selamatkan negara. Atau memang sengaja nak cari pasal kot sebab dah tahu sokongan akar umbi PAS kepadanya semakin merosot sejak kebelakangan ini.


PAS Kedah memberikan surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana pembabitan dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) di peringkat negeri.

“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan daripada kedua-duanya,” kata Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad memaklumkan bahawa surat berkenaan dihantar selepas tersebarnya poster program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.

Badan Perhubungan PAS Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini katanya, sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan berhubung pembabitan mereka dalam GSM.

Tindakan itu katanya, dibuat berdasarkan surat pekeliling PAS Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program AMANAH dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, PAS juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan AMANAH, DAP dan Team B UMNO, jelas membuktikan pembabitan dua wakil rakyat PAS itu.

Menurut Mohd Nasir, beliau belum menerima surat itu namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.

“Saya tetap ahli PAS, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan.


“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang dipersetujui,” katanya menambah bahawa tindakannya bersetuju dengan perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari PAS kerana hanya bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.

Beliau sebaliknya mendakwa bahawa perjuangannya tetap bersama PAS namun menyokong GSM kerana tuntutan rakyat.

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas perkara itu buat masa ini.

- SUMBER
Share this article

6 Komen:

  1. saya tetap ahli pas ttp sy musuh dlm selimut la.. sbb nak keluar pas sy dah baiah sy tak berani.. hahaha

    BalasPadam
  2. Jom kita baca pulak sebahagian dari fitnah Sarawak Report harini…
    Same Rogues Same Land Grab Practices Condoned By Adenan - BALINGIAN LAND GRAB
    27 APR 2016


    “… A massive chunk of land in Taib (Mahmud)’s own backyard of Balingian had been signed over by the Land & Survey Department, which comes under the State Ministry of Planning and Resource Management, set up by Taib and now headed by his successor Adenan Satem.

    … The land, Lots 6 & 7 of Block 4, Buloh Land District, consisted of no less than 6,766 acres (2,738 hectares) which had been handed for a pittance to a company called Greenpro Farm Sdn Bhd (Director called Mohamad Syah Afiq Bin Mohamad Ali, a 23 year old man from a Kampung in Limbang) on 9th January 2015 for a mere RM300 per acre, compared to an estimated market value of RM4,000.

    … The shortfall, in fact, is a clean RM23,457,600 that was not paid and should have been. Instead the buyers merely paid a paltry RM2 million in royalties to the state, if indeed that money was ever collected.”

    Inilah cerita tanah terlajak murah di Sarawak. Kalau boleh JANGAN percaya! Aku post utk makluman saja.

    BalasPadam
  3. Pergi jahanam sama sarawak repotlah kelam kabut. Itu media dajjal.

    BalasPadam
  4. Nasir dan Mahfuz x ikut kata ketua. Maknanya x hormat ketua.

    BalasPadam
  5. Hangpa bukan wakil semua rakyat, hanya sebahagian rakyat yang kena klentong dengan ceramah hangpa. Itu pun dulu la ni ramai ahli PAS dah sedaq selama la ni dok jadi balaci DAP. BUKTInya Mat Sapu, dulu bukan main lagi berkokok atas pentas PAS dia kutuk UMNO bagai nak rak.

    La ni dia kutuk PAS sampai rak. Dulu orang PAS dok kena air lioq fitnah Mat Sapu. La ni dia bukan saja Sapu tapi jilat terus pungkoq Cina DAP.

    BalasPadam
  6. nak lawan umno/bn tpi dok satu pentas dgn umno....tun mukhriz muhyidin semuanya umno...alahai pening la politiking mcm ni.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top