Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WOW!!! Azmin Dakwa Rakyat Selangor Suka Membazir Dan Tidak Bijak?


Wow.... kenyataan Azmin ni sekiranya dibuat oleh mana-mana pemimpin BN pastinya akan menjadi viral momokan dan sensasi sekelip mata. Manakan tidak, rakyat dipersalahkan kerana membazir dan tidak berjimat dalam penggunaan air di Selangor. Eh, macam tu pulak?
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal dengan tindakan rakyat yang sewenang-wenangnya membasuh kereta dan menyiram pokok menggunakan bekalan air bersih.

Katanya, aktiviti itu sepatutnya menggunakan takungan air hujan yang disimpan oleh mereka, sebelum menjalankan aktiviti tersebut.


“Penduduk kena ingat kos rawat air cukup besar sebab itu kita ambil langkah pro aktif minta rakyat berjimat cermat dalam penggunaan air bersih,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM162 juta setahun hanya untuk membekalkan air bersih kepada rakyat.

“Tapi saya dapati ramai yang guna air bersih sewenang-wenangnya untuk aktiviti yang sebenarnya boleh gunakan sumber air lain,”katanya.

Mohamed Azmin turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula reka bentuk rumah baharu dibina supaya pemaju membina kemudahan untuk takungan air hujan bagi aktiviti penduduk tersebut.

Dalam kenyataan ini, hanya para terakhir sahaja yang penulis sokong. Fasiliti disediakan oleh kerajaan atau pun pemaju dan barulah kemudiannya rakyat dipersalahkan sekiranya kemudahan itu tidak digunakan. Janganlah kerana kesilapan perancangan dan pentadbiran kerajaan negeri dalam menguruskan sumber dan kegunaan air terawat, beban dan kesalahan dilepaskan kepada rakyat seperti ini. Apa guna menjadi pentadbir kerajaan negeri sekiranya hanya pandai menuding jari dan mempersalahkan rakyat apabila berlaku sesuatu masalah atau krisis.

Dan kepada rakyat, khususnya rakyat Selangor, tiada siapa yang dapat mengubah keadaan ini melainkan diri anda sendiri. ANDA PILIH ANDA DAPAT! (SUMBER)
Share this article

1 Komen:

  1. mau main air masuk jamban. main aiskerim pun bolih. nanti air bolih keluar free....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top