Nuffnang

CUEPACS : Hampir Sejuta Penjawat Awam Tidak Memiliki Rumah


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 960,000 atau 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75 peratus merupakan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

“Sempena Hari Pekerja pada hari ini, kami mahu kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan penjawat awam iaitu memiliki kediaman sendiri selain kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal harga dan menambah rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Negara pada Ahad.

Sambutan Hari Pekerja Cuepacs tahun ini bertemakan ‘Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara’ turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan kira-kira 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Azih berkata ada di antara penjawat awam yang sudah bersara, masih tidak memiliki rumah dan mereka terpaksa menyewa rumah sebaik tamat perkhidmatan.

“Bayangkan ada yang sudah bersara yang sebelum ini tinggal di kuarters kerajaan tidak memiliki rumah dan ada kakitangan kerajaan terpaksa tinggal dalam satu rumah yang turut didiami oleh dua tiga keluarga yang lain.

“Tanpa campur tangan kerajaan dalam menentukan harga rumah, pejawat awam tidak akan mampu memiliki rumah,” katanya.

Sambutan itu turut menyaksikan beberapa anugerah disampaikan antaranya kategori Kesatuan Cemerlang yang dimenangi oleh Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Mara; Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Wilayah Persekutuan dimenangi oleh Majlis Amanah Rakyat dan Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi Majlis Bandaraya Shah Alam.

Selain itu, bagi Anugerah Khas CUEPACS dimenangi oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top