Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#PRNSarawak : Meroyan Sungguh Nurul Izzah Dengan Adenan Satem

 

Nampaknya anak Bang Non ni lebih berbahaya daripada ibunya Dr Wan Azizah. Manakan tidak kalau ibunya lepas memasuki Sarawak, tapi Ahli Parlimen Lembah Pantai yang masih "menjanda" ini tidak  pula dibenarkan walaupun selepas menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan ahli parlimen Lembah Pantai itu dilarang memasuki negeri tersebut sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Miri pagi ini.


Dalam tweet beliau, Nurul menyatakan rasa terkejut kerana dihantar pulang walaupun selepas menghantar surat kepada ketua menteri Jumaat lalu.

“Salah guna kuasa sewenang-wenangnya yang berterusan oleh negeri,” kata Nurul dalam tweetnya, dengan disertakan gambar notis sekatan kemasukannya.


Nurul pertama kali dilarang masuk ke Sarawak pada bulan Disember tahun lalu. Ini adalah susulan kepada undi oleh dewan undangan negeri Sabah yang mengharamkan Nurul menjejakkan kaki ke bumi di bawah bayu itu selepas beliau bergambar dengan Jacel Kiram.

Namun, Adenan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan Nurul dan ibunya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk masuk jika mereka meminta secara baik.

Wan Azizah dibenarkan masuk ke Sarawak ketika tiba di lapangan terbang Sibu semalam, walaupun lawatan beliau itu dihadkan sehingga 5 Mei sahaja.

Selain Wan Azizah, Azmin dan Lim Guan Eng telah diberikan kebenaran terhad memasuki Sabah.

Kerajaan negeri melaksanakan autonomi imigesen sebagai sebahagian perjanjian Malaysia 1963.
Share this article

2 Komen:

  1. Pemfitnah sundal puteri Sulong Raja Liwat Al Juburi meroyan lagi....part II.

    BalasPadam
  2. Dia org guna kuasa otonomi.. kata salah guna kuasa plak.. tapi promote suruh sabah sarawak keluar malaysia.. apara

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top