Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KEKAL MB : Kenyataan Pertama Ahmad Razif Selepas Perkenan Sultan


Dengan pengumuman yang dibuat Najib itu sekaligus menamatkan spekulasi kononnya beliau akan digugurkan sebagai Menteri Besar.

Ahmad Razif Abdul Rahman berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas segala darjah kebesaran dilucut Istana 22 April lalu.

Ucapan terima kasih itu disuarakan beliau, sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan perkenan Sultan Terengganu mengumumkan untuk terus memberi kepercayaan kepadanya menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar.


Katanya, dengan pengumuman Perdana Menteri itu juga menamatkan spekulasi kononnya negeri Penyu akan bertukar Menteri Besar.

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaNya yang diberikan serta berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di atas kepercayaan beliau yang diberikan kepada saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.

“Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu telah pun terjawab pada hari ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri,” 

Sehubungan itu, Ahmad Razif menyeru semua kepimpinan Negeri Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan demi kesejahteraan semua.

“Saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya,” katanya.

Terdahulu, Najib membuat pengumuman bahawa Ahmad Razif akan terus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Terengganu.

Perdana Menteri berkata perkara itu diputuskan dalam pertemuan dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam selepas mendapat perkenan menghadap baginda.

KENYATAAN MEDIA

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaNya yang diberikan serta berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di atas kepercayaan beliau yang diberikan kepada saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.

Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu telah pun terjawab pada hari ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua kepimpinan negeri Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan dan berjuang untuk negeri dan rakyat demi kesejahteraan semua.

Saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

YAB Ahmad Razif Abd Rahman
1 Mei 2016
Share this article

1 Komen:

  1. Bila cakap bodoh karang marah. Nasib baik ko ada terimakasih kat Allah dulu kalau tak memang sah total bodoh.

    Selepas selesai tugasan antara makhluk dan Pencipta: Terimaksih kat tuanku sultan la mangkuk mat razif oiii bukan kat PM. Bukan Pm yang kekalkan dan beri kepercayaan kat kau sebagai MB tapi tuanku.

    KO KENA FAHAM MAT RAZIF trenganu bukan republik. Ko kena faham juga jawatan MB x ada kaitan dengan PM DAN PERSEKUTUAN LANSUNG.

    Tapi kalau nak terimaksih juga kat pemberi dedak kat ko sila sebut terimakasih KEPADA NAJIB PRESIDEN UMNO bukannya NAJIB PERDANA MENTERI. Itu pun lepas menjunjung kasih tuanku sultan atas lantikkan jawatan MB kat ko. Nak di ingatkan kat ko mat razif jawatan MB bukannya pilihan rakyat tapi pilihan tuanku (ingat kes Wan Azizah kat Selangor?) Rakyat hanya cadangkan tapi pilihan dan lantikkan tetap hak TUanku.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top