Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DAKYAH : Ayam Terapi Ayat Al-Qur'an Buat Minda Lebih Tajam?


MEMANG melampau apabila ada peniaga sanggup menjaja nama agama demi mengaut keuntungan apabila menjual ayam yang dibacakan ayat-ayat al-Quran, kononnya boleh menguatkan minda individu yang memakannya.

Produk yang digelar “ayam terapi al-Quran” itu dilaporkan dijual dengan harga kira-kira RM14 untuk satu kg, dua kali ganda mahal berbanding ayam biasa RM7 per kg.

Menurut laporan sebuah akhbar, ia dijual di sekitar ibu kota, selain turut dipromosikan di media sosial dengan mendakwa ayam mereka disahkan halal, mengikut hukum syarak dan telah dibacakan al-Quran.

“Selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, kita akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika ini, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat al-Quran dan ruqyah,” kata salah seorang peniaga dilapor akhbar itu.


Ruqyah merupakan ayat al-Quran yang biasa dibacakan dalam perubatan alternatif Islam.

Peniaga ayam ‘terapi’ tersebut turut mendakwa bahawa elemen ruqyah ayam tersebut boleh mencegah bala dan penyakit.

“Tujuan kita adalah untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sering berdepan dengan unsur syubhah dalam pemakanan dan kita cuba membantu dengan cara yang lebih Islamik,” dakwa peniaga.

Menurut laporan itu, ayam tersebut juga menggunakan bahan makanan terkawal dan tidak mengandungi sisa haiwan lain.


Selepas ayam disembelih organ dalamannya akan diasingkan sebelum ayam dicelur untuk proses pembersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, kaedah penjualan itu diputuskan sebagai salah selepas dibincangkan beberapa kali dalam siri muzakarah dan forum.

“Tindakan peniaga yang menggunakan promosi agama semata-mata untuk melariskan perniagaan bertentangan dengan prinsip Islam.

“Keadaan ini boleh menimbulkan unsur penipuan serta terdapat pihak yang mengambil kesempatan,” katanya.

Larangan berkenaan penggunaan ruqyah ini turut diperjelaskan oleh Mufti perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memberitahu menjual bahan-bahan jampian tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh kerana boleh menimbulkan kekeliruan penyalahgunaan kalimah Allah untuk keuntungan duniawi. 

SUMBER

Share this article

1 Komen:

  1. jgn terkejut jika ada si bangang yg beli ayam itu walaupun mahal..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top