Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AMEKKAU!!! Husam Dipecat PAS Akhirnya!!!


6 MEI : ADUN Salor, Datuk Husam Musa dipecat daripada keahlian PAS.

Pemecatan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Daeng, jawatankuasa itu memutuskan pemecatan Husam dalam satu mesyuarat yang bersidang pada 23 April lalu, selepas meneliti aduan salah laku terhadap pemimpin berkenaan.

“Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati YB Dato’ Haji Husam bin Haji Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju:

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas YB Dato’ Haji Husam bin Haji Musa, iaitu ‘memecat dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa pada hari keputusan (23 April)’,” katanya yang dipetik daripada kenyataan berkenaan.

Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS sebelum ini lantang mengkritik dan mencabar parti dan pemimpinnya secara terbuka berkaitan beberapa isu termasuk hudud.

Malah Husam turut mendakwa Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor. - SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. tindakan yg tepat wlpun agak lambat.

    BalasPadam
  2. tindakan yg tepat wlpun agak lambat.

    BalasPadam
  3. tindakan yg tepat wlpun agak lambat.

    BalasPadam
  4. parti paklebai walaunta tompok2 tahi untaa..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top