Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERLAJAK OVER : KJ Bidas Penaja


Pihak penaja disaran tidak meletakkan syarat di luar kemampuan persatuan bola sepak negeri, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata sebaliknya penaja perlu meletakkan syarat yang mampu dilaksanakan oleh persatuan bola sepak negeri yang akhirnya akan memberi pulangan seimbang kepada kedua-dua pihak.
“Nasihat saya kepada persatuan bola sepak negeri semak terma perjanjian terlebih dahulu agar tidak berat sebelah dan memberikan pulangan adil kepada kedua-dua belah pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Kedah di sini, semalam.

Khairy berkata pihak penaja juga tidak boleh mengaitkan kerajaan negeri berhubung isu penajaan kerana persatuan bola sepak negeri dan kerajaan negeri merupakan entiti berbeza.


Katanya pihak penaja juga tidak perlu meletakkan syarat tambahan selepas perjanjian telah ditandatangani kerana persatuan bola sepak perlu melaksanakan syarat yang telah ditetapkan mengikut perjanjian.

Khairy berkata setiap penajaan adalah amat baik kepada persatuan bola sepak negeri dalam meningkatkan mutu pasukan bola sepak tetapi ia tidak perlu menggadaikan sesuatu demi untuk mendapatkan penajaan.

Beliau berkata penaja juga tidak seharusnya mencampuri urusan persatuan bola sepak negeri dengan memegang jawatan tertentu yang boleh menjejaskan pengurusan sesuatu pasukan.

“Saya tak pernah dengar sebelum ini ada penaja campur tangan dalam hal pengurusan pasukan bola sepak negeri walaupun di kelab bola sepak luar negara,” katanya.

Katanya beliau akan membawa perkara ini pada mesyuarat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu depan bagi membolehkan semua persatuan dan kelab bola sepak berhati-hati dengan syarat penaja agar tidak timbul pelbagai isu pada masa depan.

Mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak penajaan Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Khairy berkata tindakan KFA adalah tepat selepas persatuan itu tidak dapat memenuhi permintaan daripada penaja.

Pada 4 Mei lepas, Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar mengumumkan persatuan itu menolak penajaan syarikat berkenaan yang bernilai RM30 juta bagi tempoh tiga tahun kerana tidak bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan penaja itu. — Bernama via The Malay Mail.
Share this article

6 Komen:

  1. Datuk Alif Syukri telah membuat sidang media dan menjelaskan mengenai perkara ini, jika apa yang didedahkan oleh Datuk Alif Syukri dalam sidang medianya itu adalah salah dan tak betul sama sekali, maka pihak KFA patutnya menyaman sahajalah Datuk Alif Syukri, tak payahlah nak berdolak dalih bagai lagi.

    Sekarang ni malu negeri dan rakyat negeri Kedah dengan kelakuan dan perangai segelintir manusia rakus di dalam KFA yang sanggup mempolitikkan sukan kerana kepentingan peribadi.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Datuk Alif Syukri tak masuk campur pun hal pengurusan bola sepak Kedah, apa yang beliau mahu tahu adalah bagaimanakah perbelanjaan wang tajaan yang beliau berikan itu, itu sahaja, itu bukannya masuk campur, beliau bukannya nak buat suruh KFA buat itu dan ini, tetapi hanya nak tahu apa yang dibuat oleh KFA dengan wang tajaan itu, bukannya 30 sen, tapi RM 30 juta.

    KFA kalau tak ada perkara yang hendak disembunyikan, maka tak ada masalah nak terima syarat ini, bukan apa, cuma berikan penyata perbelanjaan oleh pasukan kepada Datuk Alif Syukri, itu sahaja, tak ada yang pelik pun dalam hal ini, cuma yang pelik adalah pengurusan tertinggi KFA terutama Presiden dan Bendahari KFA yang entah apa-apa menuduh Datuk Alif Syukri dan merampas tanah di Kedah pula.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Itulah akibat nya bila cikgu kencing berdiri, anak murid nya semua kencing berlari sambil berterabor....habis hancing satu sekolah....kahkahkahkahakh

    BalasPadam
  4. Hai ada lagi ,abu bakar yang terbakar hatinya ...amacam. Sarawak BN menang do...dah cakap rakyat biasa tak heran isu 1 mdb dan derma...mereka ada mata boleh tengok sendiri siapa pemimpin yang layak memimpin....berbalik..dengan alif terlajak...perasan ni...dia ingat tok bahsha tu boboi ke....konon nak maju tanah...yang semak...kalau nak majukan tanah..beli jelah...ni nama nak taja pasukan bola tapi bersyarat2 bagai...dah tu kalau minta tanah seekar dua boleh lah...ni..60 hektar...abu kau tahu ke ekar dengan hektar tu lain...luasnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Datuk Aliff Syukri buat fitnah dalam kenyataan media beliau, silalah KFA saman beliau, silalah Bashah Boboi dan Yusof Ismail Bendahari KFA saman beliau.

      Dalam isu ini perkara ini tengah runding tetiba batal, lepas tu tuduh yang bukan-bukan pula kepada Datuk Aliff Syukri, ini adalah suatu kebiadapan.

      Kamu sendiri tak reti pasal berunding, lepas tu merapu tak tentu hala. Ini soal tengah berunding, tetiba satu pihak membuat keputusan melulu, bukan setakat itu sahaja, buat tuduhan sembarangan pula, ini sudah tidak beradap, kurang ajar namanya.

      Macam meminang jugalah, ada rundingan, keluarga pengantin lelaki bawa rombongan meminang pengantin perempuan, keluarga pengantin lelaki berunding mengenai isu perkahwinan dengan keluarga perempuan, tetiba dalam tempoh berunding tu keluarga perempuan tetiba saja nak hentikan rundingan lepas tu tuduh keluarga lelaki dengan macam-macam tuduhan, mana ada orang boleh terima kelakuan macam ni, tak tahulah kalau manusia macam Tanpa Nama Mei 08,2016 9:30 PTG boleh terima perkara macam ni.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  5. Sikit sikit saman macam kerajaan kedah tak ada kerja lain ke...takat bola je....nak saman saman bagai...tolong petani,penorah getah lagi banyak manfaat...dan kalau Alif rasa dia di pihak yang benar...samanlah Tok bahshah...biar orang Kedah tahu...Alif ni ikhlas ke tak nak taja bola kedah tu...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top