Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#HBN2016 #TheFutureIsNow Sesi ‘Walkabout’ VIP Hari Belia Negara


Sesi ‘Walkabout’ VIP pada jam 3.15 petang tadi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan KBS, Datuk Hatipah Ibrahim diiringi Ketua Sekretariat Hari Belia Negara 2016 saudara Azli Daud dan pegawai-pegawai Majlis Belia Malaysia serta pegawai-pegawai dari KBS sendiri. Lawatan ke gerai-gerai pameran adalah salah satu acara wajib setiap kali Hari Belia berlangsung. Ini bagi menunjukkan penghargaan kepada pemilik gerai yang sentiasa bekerjasama dengan pihak KBS dan sekretariat Hari Belia sejak dari awal lagi.

Selain itu, lawatan ini mendekatkan lagi ukhuwah antara peringkat tertinggi KBS dan juga mereka yang terlibat. Lawatan ke tapak pameran dapat memberi input yang berguna serta informasi-informasi baru yang menjadi tumpuan para belia.  Terdapat lebih kurang 100 buah booth pameran dan gerai-gerai disediakan untuk kemudahan hadirin yang datang.  Datuk Hatipah juga turut meluangkan masa selama tiga puluh minit melihat persembahan Karoot Komedia yang diacarakan oleh pelawak tanah air Sabri Yunus. Persembahan dari pelawak terkenal seperti Rahim R2 dan juga Abby Yus turut mencuit hati para hadirin yang datang.

Sesi ‘Walkabout’ diteruskan dengan ketibaan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Tuan Haji Nik Abd Kadir Mohamad. Beliau meneruskan sesi ‘Walkabout ke gerai-gerai pameran. Beliau diberi penerangan oleh peserta-peserta pameran setiap booth-booth yang dilawati. Acara seterusnya pada petang ini ialah pertandingan Futsal dan mala mini menyaksikan persembahan dari lagenda rock negara Dato Ramli Sarip. 












Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top