Nuffnang

#HBN2016 #TheFutureIsNow : UPM Bergema Malam Belia Berselawat Hari Belia Negara 2016


Seperti yang dijanjikan, program malam pertama Hari Belia Negara 2016 ‘Malam Belia Berselawat’ berlangsung dengan jayanya. Sebelum acara berselawat diadakan, hadirin tiba ke Padang Kawad UPM dengan bersama-sama solat berjemaah. Turut hadir kenamaan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ialah Pengarah JBSN, Datuk Hatipah Ibrahim, TKSU (Pembangunan) Tn Haji Nik Abd Kadir Mohamad, Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Muammar Gaddafi Jamal Jamaluddin dan Ketua Sekretariat Hari Belia Negara 2016 Encik Azli Daud. Kemudian tazkirah Maghrib, diikuti solat Isyak dan berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peserta nasyid petang tadi.

Seterusnya Ketua Kumpulan nasyid Inteam meneruskan acara dengan menjemput kumpulan Qasidah ke pentas utama bagi memulakan majlis berselawat. Kira-kira seribu hadirin bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dengan diketuai oleh Kumpulan nasyid Inteam dan sebuah kumpulan Qasidah.

Acara berselawat ini adalah yang ke tiga dan rentetan daripada Hari Belia Negara yang diadakan sebelum ini. Acara keagamaan menjadi pilihan utama sebagai satu permulaan bagi setiap program dan aktiviti sepanjang Hari Belia Negara yang akan berlangsung.  Acara selawat ini bukan sahaja diterima oleh golongan tua tetapi turut mendapat sambutan golongan belia hari ini.

Terdapat lebih 50 segemen dengan pelbagai acara dan aktiviti diadakah di beberapa lokasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dengan sambutan yang hebat pada malam ini dapat diteruskan lagi untuk aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung seterusnya pada Sabtu dan Ahad ini. 











Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top