Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TIDAK STABIL : Anwar Dikejarkan Ke Hospital Dari Penjara Sg. Buloh!!!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi, menurut peguamnya, Sivarasa Rasiah.

“Dato’ Seri Anwar Ibrahim di kejarkan ke hospital akibat darah tinggi yang tidak stabil,” tulis Sivarasa dalam catatannya di Facebook malam ini. “Sama-sama kita doakan untuk beliau.”

Anwar, yang sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat II, sebelum ini didakwa oleh pembangkang tidak mendapat perhatian perubatan secukupnya, termasuk untuk kecederaan yang dialaminya sebelum pemenjaraan.

Kementerian Kesihatan bagaimanapun berkata kesihatan Anwar diperiksa dan dirawat oleh panel pakar.

Kementerian Dalam Negeri juga berkata Anwar diberi layanan khas termasuk mandian panas, katil yang menepati ciri-ciri hospital atasan lantaran sakit belakang yang dialaminya, serta susu dan bijiran untuk keperluan pemakanannya.
Share this article

6 Komen:

  1. Kalau dah ada masaalah tekanan darah tinggi anda cuma perlu menahan tidur untuk menaikàn tekanan darah anda....

    BalasPadam
  2. Kenapa ke Hospital Kerajaan? Sebab tiada Penjara Swasta kot.

    Apa pun Najib tatap menjadi pujaan hati kami. Ko orang ambik lah lubang Anwar sebagai pujaan hati ko orang.

    BalasPadam
  3. adakah banduan yg lain mendapat layanan yg sama?

    BalasPadam
  4. Org lainpun darah tinggi tp tak de le panggil loyer dan media. Cuba bawa istighfar, taubat nasuha dan berzikir. Barulah hati tenang. Bila hati rosak, sentiasa cari salah org dan ujub kronik, maka darah tinggi akan terus sebati.

    BalasPadam
  5. Air Naik kepala...tu yg darah Naik..

    BalasPadam
  6. Ayaq dah lama terkumpul tu...pressure pun naik lah....cina doll pulak tak boleh bawak masuk penjara....hahahahahaha

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top