Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#HBN2016 #TheFutureIsNow Hari Kedua Hari Belia Negara 2016 Semakin Meriah


Seawal pagi sudah ada yang datang ke tapak Padang Kawad UPM bagi bersama melihat sendiri program yang diaturkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Seawal jam 7.30 pagi, hadirin turut serta dalam acara senam robik yang diketuai oleh dua orang pelatih. Acara senam robik ini menjadi lebih menarik apabila sebuah bas yang membawa pelajar-pelajar antarabangsa dari Vietnam,Laos,Myanmar,Filipina dan Indonesia dating dan turut bersama-sama melakukan senaman itu tadi.

Seterusnya acara pelepasan peserta sukarelawan Majlis Belia Malaysia dilakukan oleh Setiausaha Agung MBM sendiri saudara Saparudin Yusup. Mereka adalah sukarelawan yang sering membantu kerja-kerja sosial dan komuniti seluruh Malaysia yang dikenali sebagai MyVoc (Sukarelawan Komuniti Malaysia). Sudah banyak aktiviti sosial,komuniti dan kemanusiaan telah mereka sertai dan lakukan atas sikap perikemanusiaan dan ingin melakukan kebajikan.

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar dengan pelajar-pelajar belia pertukaran antarabangsa dan seterusnya mereka mempersembahkan kebudayaan negara masing-masing. Acara dimulakan dengan peserta dari Malaysia, Vietnam, Myanmar, Indonesia,Filipina dan Laos. Masing-masing mempersembahkan tarian dan nyanyian kebudayaan tersendiri. Acara ini memperlihatkan kepada hadirin tentang kelainan dan perbezaan antara budaya negara masing-masing. Selain itu, hadirin dapat melihat sendiri dengan lebih dekat pakaian tradisional dan juga berpeluang untuk bergambar bersama-sama mereka. 















Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top