Nuffnang

VIDEO : TERHARU - Usaha KLI Hotel Perlu Dicontohi


KUALA LUMPUR – “Kenapa saya ada anak begini! apa dosa yang saya buat, kenapa saya ada anak begini,” itu luahan hati seorang ibu kepada seorang pesakit Autisme.

Menurut Chan Kim Lan, ibu kepada Dan Lo Tjun Liem yang menghidapi Autisme, beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau mempunyai anak seperti ini.

Gara-gara itu, beliau telah menjauhkan diri dengan masyarakat setelah anaknya disahkan menghidapi Autisme.

“Bila dah tahu, saya rasa sedih betul, dan bila pergi kemana-mana saya tak cakap dengan orang dan saya selalu tutupkan diri saya, tak suka cakap dengan orang , tak suka campur dengan orang,” katanya.

Menurut Wanita berusia 53 tahun ini, setelah anaknya meningkat dewasa, beliau mengalamai perubahan sikap dan ini menyebabkan beliau bersyukur mempunyai anak istimewa seperti ini.

“Bila ada anak begini, tuhan ada tujuannya yang tersendiri dan bila saya ada anak begini, dia beri kasi compare anak seperti ini dengan yang normal.

“Memang ada kebaikkan dia dan daripada dia kita boleh belajar dan saya selalu cakap dengan anak sulung saya, tengok kelakuan dia, baik daripada anak yang normal,” ujarnya.


Dan Lo kini telah bekerja di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) sebagai pelayan dan tinjauan mendapati beliau seorang yang rajin terhadap tugas yang diberikan kepada beliau.

Menurut Pengurus bahagian Penyediaan dan Makanan KLIH, Syed Zulkarnain, ketika beliau baru memulakan tugas sebagai seorang pelayan di situ, ia agak sukar untuk dapat penyesuaian.

“Pada mulanya nak dapatkan penyesuaian itu agak mengambil masa lama sedikit, namun lama-kelamaan dia dah tahu bagaimana kerja yang harus dilakukan ketika dia masuk kerja, dan kita yang senior ini akan follow up.

“Buat masa ini dia boleh terima arahan,”

Bercerita mengenai sepanjang Dan bertugas sebagai pelayan, beliau pernah beberapa kali membuat kesilapan dan dimarahi pelanggan namun pekerja senior akan memantau situasi berkenaan.

“Kadang-kadang saya perasan, saya akan inform dan minta maaf kepada pelanggan tersebut dan menjelaskan kepada pelanggan bahawa beliau merupakan pekerja OKU,” ujarnya.

Terdahulu, Syaril A. Kadir, bekas wartawan jenayah mendedahkan isu pengambilan pekerja Autisme ini oleh KLIH di akaun Facebook miliknya. – SuaraTV

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top