Nuffnang

HINA NABI : Wanita Diarah Jalani Rawatan Mental


IPOH: Seorang wanita yang mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad di perkarangan sebuah masjid minggu lalu diperintah menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Mahkamah Majistret memerintahkan tertuduh, Tham Yut Mooi, 45, menjalani rawatan itu selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Tertuduh yang juga seorang ejen insurans dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang, 4 Mei lalu di Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan Tambun.

Dia dituduh mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berita Harian melaporkan, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Kantonis oleh jurubahasa mahkamah dan mohon dibicarakan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan manakala tertuduh diwakili peguam, WC Chiang.

Terdahulu, Fadhli memohon mahkamah menghantar tertuduh mendapatkan rawatan mental bagi menentukan dua perkara iaitu sama ada dia boleh membuat pengakuan bersalah atau sebaliknya dan sama ada tertuduh waras ketika melakukan kesalahan.

Katanya, permohonan disokong surat dari Jabatan Psikiatri Hospital Raja Permaisuri Bainun iaitu tempat tertuduh menerima rawatan selepas ditahan.

Mahkamah menetapkan 9 Jun untuk sebutan semula kes. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top