Pihak berkuasa Australia mengambil langkah mempertingkatkan tahap kawalan keselamatan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar.
Portal berita The Australian melaporkan, tindakan itu dilakukan ekoran timbul kebimbangan berhubung keselamatan Sirul Azhar selepas tiga rakaman video yang memaparkan pengakuannya tentang kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menjadi viral melalui media sosial bulan lalu.
Menurut laporan tersebut, setiap individu yang ingin melawat Sirul Azhar perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat oleh pegawai-pegawai Pasukan Kawalan Sempadan Australia.
“Langkah tersebut diambil berikutan terdapat kemungkinan Sirul Azhar yang sedang dalam proses permohonan visa perlindungan di Australia terdedah kepada bahaya dan ancaman.
“Pihak berkuasa Australia juga percaya semua video tersebut dirakamkan sebelum Sirul Azhar dimasukkan ke pusat tahanan imigresen Villawood, Sydney pada Januari tahun lalu,” lapor The Australian seperti dipetik dari portal berita Free Malaysia Today hari ini.
Sirul Azhar dalam rakaman video terbaharu yang menjadi viral melalui media sosial pada 30 Januari lalu bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Terdahulu, Sirul Azhar melalui rakaman video pertama pada 21 Januari lalu menyuarakan kekesalan dengan tindakan pihak tertentu termasuk segelintir agensi media yang cuba mengambil kesempatan dengan memperalatkannya untuk menjatuhkan dan memfitnah individu lain.
Sementara itu, melalui rakaman video kedua yang tersebar menerusi media sosial pada 24 Januari lalu, Sirul Azhar menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Altantuya mengandung ketika dibunuh.
Sirul Azhar dan bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi beliau bertindak melarikan diri ke Australia. - Utusan
Malu betul kereeejaan! Pelik pun ade juge. Negara lain lak yg concern.
BalasPadamCuba pemimpin pembangkang(kena hukum salah) yg di jaga negara lain. Mesti kelam kabut pegi ambil juga pemimpin tuh. Mesti condem gila2 kat negara berkenaan.
Sori lupa... Jenis muka tak malu.
Buat apa kerajaan Malaysia nak malu...Sirul lari ke australia untuk lari dari dihukum...so bila dah berada kat australia...kerajaan kanggaru yang menyibuk tu lah kena jaga...sebab merka sanggup bersengkongkol dengan pembunuh..,so pandai menyibuk pandai jaga.,.tengok si azilah tu dia redha..dah buat salah...tanggunglah..,tak kena kat dunia kat akhirat kena jugak
BalasPadamteruskan usaha mu admin semakin ramai anjing2 pakatan yg baca tulisan lu.. akibat terlalu panas maka anjing2 itu menyalaklah.. jika blog mu tak power takdalah anjing2 tu nak menyalak kat sini..
BalasPadamDah sah kaki liwat Gani 4 tail bagi peluang berpuluh kali tangguh kes, itu pun kerajaan tak adil.
BalasPadamDalam masa yang sama ada ruang ke luar negara mengutuk negara sendiri. Inilah perangai anjing pakatan pembangkang hanya memburukkan orang lain. Sendiri punya juboq bau taik mahu cakap orang.