Nuffnang

KECEWA : Sah! Tun Mahathir Sebagai Penaung


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diisytiharkan sebagai penaung rasmi pergerakan kepimpinan akar umbi Umno yang mendesak pengunduran presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), ia selepas wakil kumpulan itu bertemu dengan pemimpin Umno veteran tersebut di pejabat bekas perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari di Kuala Lumpur.

“Tun Mahathir mengisytiharkan secara rasmi untuk menjadi penaung kepada GKCM dan bekerjasama dalam program-program yang dianjurkan oleh gabungan ini,” kata GKCM dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu, yang terdiri daripada beberapa ketua cawangan Umno yang sekiranya disemak buku laporan mesyuarat tahunan akan menampakkan betapa ‘matinya’ cawangan tersebut. Dalam kata lain, cawangan ‘hantu’ atau ‘bunian’.

Bayangkan bagaimana seorang yang waras, apabila diterangkan dengan fakta dan perundangan, kumpulan kecewa ini kekal menongkah arus bagaikan dihasut iblis.

Bagi Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, bagaimanapun, berkata beliau tidak fikir yang usaha mereka itu akan berjaya.

SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. DS Adenan Mansor tak boleh tidur nyenyak selepas ni.Jgn memperlekehkan pihak lawan.Anything can happen.Terlajak kata tak dpt diundur spt terlajak perahu.Never underestimate your foes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya orang yang tak tidur nyenyak adalah manusia jenis pendengki, penghasut dan pemfitnah. Agak2

      Padam
  2. From bottom to the top.

    BalasPadam
  3. Kuasa Rakyat akan bermula.
    Maka kebodohan Pemimpin akan dibongkar.
    Ramai pimpinan atasan pening kepala lepas ni..
    Baru ada akaiii...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top